Tuesday 31 December 2013

MENGENALI KAREKTOR CAMSHAFT


camshaft

Salam.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi..
Post kali ini kami akan bercerita mengenai karektor camshaft yang sering menjadi persoalan bagi mereka-mereka yang baru mula untuk memodifikasi camshaft sendiri.. Post ini juga adalah untuk menjawab soalan yang diemailkan kepada kami oleh seorang pembaca tegar blog kami ( terima kasih.. harap-harap ada yang terasa.. hehe..)... 

Monday 23 December 2013

DRAG BIKE TERPANTAS MALAYSIA 2013

  

king of drag bike malaysia
 King Of Drag Malaysia

Salam semua.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi..
Tahun 2013 sudah hampir ke penghujungnya.. rata-rata event drag race sudah melabuhkan tirai. Selama setahun berhempas pulas mencari pecutan terpantas pasti memberi beribu makna dan pengalaman.. Begitu indah jika hasil usaha selama ini berjaya menempatkan kita di tahta king-king drag malaysia, namun yang masih belum berjaya janganlah berputus asa, mungkin belum rezeki kita lagi.. Teruskan usaha, setiap kegagalan pasti akan ada kejayaan..

Tuesday 17 December 2013

(VIDEO) YAMAHA LAGENDA UP TO 150cc SETTING LONG DISTANCE

lagenda standart modified
Yamaha Lagenda Standart Modified

Salam.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi...
Baru-baru ini bengkel kami didatangi seorang saudara yang ingin meng'upgrade' motosikal Yamaha Lagenda 110 nya untuk kegunaan ulang alik ke tempat kerja. Oleh kerana mesinnya yang standart dan telah berusia 5 tahun lebih, mesinnya cuma dapat naik 100km/j. '"Sungguh memenatkan, nak potong lori sawit pun selok..." katanya..


Friday 13 December 2013

CERITA MENGENAI TORK DAN KUASA KUDA

starting rid
Starting elok-elok, jangan spin sangat...

Salam.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi..
Kali ini kami akan bercerita mengenai tork (daya kilas) dan kuasa kuda (Horsepower).. Bukanlah post ini bercerita detail seperti huraian wikipedia yang lengkap dengan pengiraan dan formula, kami hanya bercerita lebih kepada kepentingan tork dan horsepower dalam modifikasi enjin motosikal...

Sunday 8 December 2013

CIRI-CIRI UNIK JENTERA SPRINT TEST GREECE

body rangka greece

Salam.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi..
Kali ini kami akan bercerita serba sedikit mengenai ciri-ciri motor drag dari negara Greece. Info ini kami kredit dari blog infobalapliarjakarta dari Indonesia... Baca sambil belajar bahasa  indonesia..


Thursday 5 December 2013

YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI JEK ROD DAN BORE UP

crankshaft jek rod
Crankshaft Kriss Jek Rod 15mm

Salam... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi... 
Terima kasih kepada semua pembaca blog kami yang baru hendak belajar ini.. Kami amat mengalu-alukan pandangan dan pendapat anda untuk kita sama-sama berkongsi, menambah ilmu dan pengalaman. Pastinya mereka yang sering memodifikasi motosikal mempunyai begitu banyak pengetahuan yang berbeza diantara kita.. Bagi kami kita adalah bersaudara, yang berkongsi hobi yang sama, mempunyai tujuan yang sama, jatuh keseorangan amat sukar untuk bangkit semula..


Monday 2 December 2013

MENCARI TOP SPEED DENGAN MENGIRA NISBAH MAMPATAN PADA HEAD


head racing ex5
Ruang pembakaran pada head

Salam semua.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi.. 
Post ini adalah untuk menjawab soalan dari seorang teman yang ingin tahu bagaimana untuk mencari topspeed. Walaupun soalan beliau lebih kepada top speed di trek drag 201m, jawapannya lebih kurang sama pada motosikal kendalian harian, motor lumba suka-suka, motor sekilo atau berkilo-kilo, motor nak gi pasar pun sama.. :)

Saturday 30 November 2013

KRISS OPEN SEKILO



kriss body standart enjin open
Kriss enjin open, body standart



  • Assalamualaikum... alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi.. kali ini kami akan bercerita pasal mesin kriss sekilo.. bukan 1 kilogram, tapi 1 kilometer :)
  • Mesin ini sengaja kami setting untuk jarak 1km kerana setelah mendengar cerita dari teman-teman seperjuangan bahawa mesin 4 lejang berkapasiti asal 110cc mampu 'berlari' sehingga 200 lebih km/j.. lantas memberi idea untuk mencuba mencari apakah resepi disebalik kelajuan ini.. 

Kenangan di Jempol Sprint Test

Kenangan ketika jempol sprint test.
Tiada penerangan :)

http://alangmotors.blogspot.com/2013/11/kenangan-di-jempol-sprint-test.html


Aksi seorang juara



Menunggu lori sampai

Friday 29 November 2013

Sejarah sukan sprint test

Sejarah sukan drag racing atau lebih dikenali di malaysia "sprint test" sudah lama wujud di negara eropah kerana mereka pelapor industri permotoran.. maklum la time itu malaysia masih berada dibawah kuasa jajahan lagi. yela nak berlumba camna kalau asyik lari dengan komunis, portugis, belanda, jepun dan lain-lain. Itu cerita lama sekarang malaysia sudah maju dan industri permotoran kita sudah selari dengan dunia lain.. i'm proud to be malaysian.. yeahh. 

Ok berbalik dengan topic kita, sejarah sukan sprint test amat kurang diketahui so dalam topic ini ada sedikit sebanyak yang diambil dari blog, website dan buku-buku. jika tidak benar maafkan saya. Sukan sprint test sudah mula di malaysia sejak zaman datsun 510 SSS Jogja, tetapi yang berbeza ialah jarak yang mereka bermain, mereka tidak bermain macam sekarang 300meter atau 200meter, tetapi bermain untuk satu kilometer (top speed). tetapi perlumbaan drag SAH di malaysia bermula pada batu tiga speedway yang diadakan pada setiap malam minggu , mereka mula dianjurkan Race Drag sekitar tahun 1999-2000. tetapi saya tidak pasti Samaada litar batu tiga atau pasir gudang litar yang bermula dulu , atau mungkin sabah & sarawak yang pertama, saya pun tidak pasti.Selepas batu tiga speedway dirobohkn , PUTERA Racing mula menganjurkan acara Drag di Jempol (time ini kami join event ni, super exciting). Zaman kegemilangan jempol sprint test ini cukup meriah dengan kemunculan nama-nama besar seperti ain motor, ying shong motor, kapak motor dan lain-lain. kewujudan sukan ini dapat menjadi salah satu contoh untuk mengelakkan dari berlumba haram. 


kategori ST3-4T (kriss merah kami no 1)


Kemudian datang COMAT Motorsport yang bukak terengganu sprint test. Sepang drag battle datang sekitar akhir tahun 2003 secara tidak lansung dapat menarik minat dragster dari thailand, singapura dan brunei, boleh la menaikkan nama malaysia di mata dunia.  kini perlumbaan sprint test semakin meriah dengan kemunculan banyak pengajur seperti  sepang drag battle , Kg.Gajah Drag4fun , MUSC , dan banyak lagi ...
Diharap dengan peningkatan penganjuran ini, dapat menaikan lagi dunia sukan permotoran kita.


" modifikasi tanpa penamat, untuk meluncur dengan lebih cepat "


Sekian, thank you all..


Thursday 28 November 2013

VIDEO TRY MOTOR EX5 HEAD BLOK KRISS

Assalamualaikum w.b.t...



  • Ini adalah video ex5 head blok kriss kami semasa setting nak gi sprint cyberjaya dulu..

  • Video ini pulak adalah sekadar hiburan.. yela asyik baca saje nak jugak tengok orang bawak motor sprint.. Bagi yang belum pernah mengalami suasana sprint-test.. video ini boleh memberi serba sedikit tentang dunia sprint test.. Bak kata orang "belum try belum power"


  • Selamat menonton...





Wednesday 27 November 2013

PERBEZAAN CAM RACING DENGAN CAM POTONG



 camshaft custom made
Cam standart yang telah diracingkan
  • Salam buat semua.. kali ini kami akan bercerita lagi mengenai camshaft. Mungkin bagi kami yang begitu obses dengan cam ini merasa tidak cukup untuk berkongsi ilmu dengan sedikit penerangan pada post yang lepas.. kami merasakan masih terlalu banyak misteri disebalik kuasa camshaft ini yang perlu kita bongkarkan..

Tuesday 26 November 2013

JOM TENGOK GAMBAR SPRINT


Sekitar gambar di sprint test Melaka pada Oktober yang lalu.
Tiada penerangan pada gambar, saje letak gambar.. asyik baca je boring lak nnti...



Sunday 24 November 2013

BELAJAR MENGIRA SUDUT CAMSHAFT








  •   Salam semua... seperti yang sudah sedia maklum, setiap enjin 4 lejang mempunyai aci sesondol atau camshaft yang mengawal buka tutup injap masukkan dan injap ekzos.
  • Setiap camshaft mempunyai sudut buka tutup valve yang berlainan kriteria dengan setiap model enjin. Tidak kira apa pun sudutnya pasti pengeluar mahukan camshaftnya berupaya menghasilkan enjin yang berkuasa, selesa pengguna, jimat minyak, idle yang lembut, tork yang berguna dan sebagainya...

Tuesday 19 November 2013

EX5 HEAD BLOK KRISS

ex5 open
Mesin sprint kami yang pertama
  • Alhamdulillah syukur diberi peluang lagi untuk bercerita... kali ini kami akan bercerita mengenai jentera sprint pertama kami. Mesin ini disiapkan sekitar tahun 2009.. Sungguh perit rasanya ketika itu, dengan kewangan dan tool yang serba tidak compelete, hanya kesabaran dan semangat yang 'tak serik-serik' yang dapat membuatkan kami bertahan untuk menyiapkan mesin ini.. hancur, pecah berderai tidak kira... Almdulillah, kesilapan dan kegagalan mengajar kita menjadi semakin matang..

Monday 18 November 2013

MODIFICATION FAME STANDARD BODY







Ex5 Ekzos Standart
Fame Enjin Ex5, Enjin Tengah Standart

  •  Kami mulakan modifikasi enjin ini dengan membuka ruang crankcase sebesar 62.5mm untuk memasukkan blok yang telah dibenamkan slip sebesar 61.5mm.
  • Disebabkan mesin ini bertemakan standart modified, maka kami membiarkan komponen di dalam tetap standart original termasuk bearing dan sistem gear.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...