Tuesday 15 November 2016

DEGREE WHEEL DAY !!! MITOS VS REALITI TERJAWAB DIKEDAH



ASSALAMUALAIKUM  DAN SALAM SEJAHTERA,
Syukur diberi kesempatan untuk menaip walaupon seketika selepas penat pulang dr KEDAH,sampai cam pon x habis diproses untuk dipos atas kesibukan yg melampau,maaf ya esok lusa kita pos ;)

DEGREE WHEEL MITOS VS REALITI BERTEMU DIKEDAH
Dimalaysia umum masih tidak ramai yg menggunakan @ mungkin tidak mengambil berat akan kepentingan kegunaan degre wheel dalam setiap proses modifikasi enjin 4 lejang...
Ramai yg sekadar plug n play ( PNP )
Ingat ye ilmu degree wheel bukan untuk digunakan pada produk CAMSHAFT ALANG MOTOR sahaja tp boleh digunakan pada semua ;)



Alhamdulillah pada hujung minggu lepas pada 12&13/11/2016  hasil kerjasama dari pihak KOLEJ KOMUNITI BANDAR BAHARU KEDAH dan pihak ALANG MOTOR yg menganjurkan  kursus pendek KURSUS CAMSHAFT AND CRANKSHAFT DEGREE WHEEL READING telah diadakan selama 2 hari.Kursus tersebut diadakan dalam suasana yg separa formal,yg mna ada sesi soal jawab yg terbuka,tiada tetapan tema pakaian hehehehe...
Sasaran asal kursus kali ini hanyalah akan menerima penyertaan dr sekitar negeri KEDAH seperti negeri PULAU PINANG DAN PERAK sahaja tp nyata jangkaan kami meleset ternyata kursus tersebut mampu menarik minat pengemar dunia modifikasi melangkau jarak perjalanan yg jauh dengan penyertaan peserta sejauh dr JOHOR PAHANG SELANGOR dan KELANTAN yg menempuh jarak perjalanan yg mamakan masa berejam2  itu membuktikan betapa masih ada lg yg menyedari kepentingan penggunaan DEGREE WHEEL di zaman teknologi modifikasi yg semakin moden dan canggih ini...

Pada hari pertama (sabtu) intipati kursus lebih kepada basic knowledge seperti

-apa itu 4 lejang
- cara perkiraan jumlah CC  ( cubic centimeter
- cara perkiraan jumlah CR (compression ratio)
- teori radiakal hubung kait saiz valve dan piston
- asas camshaft
- asas penggunaan degree wheel
- cara2 mencari TDC (top death center) menggunakan degree wheel

Pada hari kedua (ahad) intipati kelas lebih menjurus kepada advance knowledge seperti

-hubung kait antara berat CRANKSHAFT + PRIMARY REDUCTION RATIO + FINAL REDUCTION RATIO dengan RPM
- apa itu TORK
- apa itu HP ( horse power)
- cara perkiraan TORK dan HP secara manual
- cara perkiraan SPEED KMH mengikut RPM dan UKUR LILIT TAYAR
- pemboleh ubah yg ralat

Semua topik dikupas secara mendalam tetapi tidak terlalu keterlaluan agar tujuan kelas ini tidak lari dari maksud asal...
senang kata xkelaut ;)

ALHAMDULILLAH kebanyakan peserta mampu hadap dengan segala yg diberikan, diharap ilmu yg dikongsi ini dapat diamal dan dipraktikkan dan dikongsi kepada sahabat2 yg lain dimasa akan datang...

Jutaan terima kasih dr pihak ALANG MOTOR kepada TUAN ROAZAM BIN AHMAD SELAKU PENGARAH KOLEJ KOMUNITI BANDAR BAHARU KEDAH yg sudi memberi ruang bg pihak pengurusan kolej menganjurkan kursus pendek ini serta memberi sepenuh kerjasama yg sangat baik,dr segi sijil yg diberikan dan fasiliti dewan kuliah yg berhawa dingi,kemudahan surau,kemudahan tandas dan xlupa juga jamuan makan yg berjaya menambah berat semua peserta kursus  ;)
Berbaloi sangatlah dengan semua yg telah diberikan dengan kadar yuran serendah RM120.00...
Tak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua peserta2 kursus kali ini,tahniah atas kesungguhan dan kesangupan anda untuk belajar,anda semua adalah kekuatan untuk kami terus berkongsi maklumat dan informasi terkini,dan ternyata kami tidak bersendirian dalam mengejar ilmu kelompok hadapan ;)
Anda semua adalah tuner sejati!!!

ada banyak lg kursus yg dianjurkan di kolej tersebut kawan2 boleh usha2 tengok dkt laman web rasmi -> http://kkbandarbaharu.jpkk.edu.my/

kita juga ada buat video liveupdate sewaktu sesi penyampaian sijil dan sesi amali di page rasmi ALANG MOTOR di facebook boleh rajin2 usha hehehehe

Jangan lupa last date kelas asas degre wheel kita hujung bulan ni di hometown ALANG MOTOR sendiri...
berminat nak join sila wasap 0134568480


berikut adalah beberapa gambar sekitar berlangsungnya kursus...
enjoy the view :)























15 comments:

  1. alang nk tanya sikit..kalau moto lagenda 115zr standart nk bg laju sikit elok tukar ape dulu?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bagi tips modified kriss 110

    ReplyDelete
  4. Salam bro
    harap alang motor buat dokumentari pasal seketul enjin lifan.
    enjin ni dari thai.160cc bleh masuk kat ex5.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'laikum...alang berapa harge 1 set degree wheel yg dlm gambar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. harap alang boleh datang kolej komuniti taiping pulak lepas ni hehe

    ReplyDelete
  7. Alang ada bukukan tak kuliah2 yg Alang sampaikan?

    ReplyDelete
  8. location kedai alang kat mana..

    ReplyDelete
  9. Tuned by alang motor nie dah tak aktif ke? Ke saya yg dah kertinggalan mana lah tau alang motor mungkin sekarang aktif dekat blog laen atau pun aktif di fb dan instagram sahaja..

    Sebab seronok bila baca topik² dalam nie walaupun saya dengan motor nie tak lah mahir mana..

    ReplyDelete
  10. kursus untuk tahun 2018 ada lagi x? lokasi kat mana?

    ReplyDelete
  11. Terima tak bos kalau nak hantar enjin untuk buat sesedap rasa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...