Thursday, 20 February 2014

(VIDEO) MODENAS KRISS 110 PISTON KANCIL

kriss piston kancil

Salam.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi..
Syukur di atas masa dan ruang serta rezeki yang dikurnia oleh yang maha Esa, dapat lah kali ini kami menulis lagi dalam blog ini.. Maaf lah agak lama kami tidak update post2 terbaru disebabkan masalah dan kelemahan yang datang dari diri kami sendiri..

Post kali ini kami ingin bercerita mengenai modifikasi Modenas Kriss 110 yang berpistonkan piston kancil bersaiz 68mm.. mmg menjadi tanda tanya mengapa piston kancil yang kami pilih untuk disenyawakan di dalam mesin ini, sedangkan banyak lagi piston motosikal yang sama saiz dengannya.. Sebenarnya tujuan kami adalah untuk memudahkan owner menjawab soalan jika kawan-kawan bertanya.. 'Weh, motor ko pakai piston apa? ".. Mudah nak jawab.. "Piston kancil je la... ".. Dan tujuan lain adalah memberi trade mark kepada motosikal ini.. " Motor mana tu?.. Ala motor kriss yang pakai piston kancil tu..."   Jadi itulah tujuan kami gunakan piston kancil.. ok? boleh terima tak? :)

Walaupun mesin ini telah di up bore kan sehingga 68mm, lantas menjadikan kapasitinya yang baru iaitu 180cc, enjin tengahnya masih dibiarkan standart.. Crankshaft, bearing juga mata gear tetap standart.. "Ini mesin mau pakai jalan saja ma, bukan mau main sprint, standart sudah".. Hanya connecting rod sahaja yang tidak standart, kami gunakan rod Kawasaki K1.. Pin pistonnya bersaiz 18mm, jadi sesuai lah kami gunakan untuk menghubungkan piston kancil nanti yang juga pin bersaiz 18mm..
rod K1
Enjin tengah standart cuma tukar rod Kawasaki K1

Bahagian klac juga standart cuma digantikan spring klac racing TZM untuk memantapkan setiap pertukaran gear, auto klac juga masih dipasang cuma diwelding untuk 'mematikamya'.. dan diganti kepada klac tangan..
Spring klac racing TZM

Auto tetap di pasang cuma di welding untuk 'mematikan'nya

Untuk blok pula kami benamkan slip sebesar 73mm dan di lay masuk piston 68mm.. Sedikit welding diperlukan di sekitar tapak gasket blok kerana ruang gasket blok sudah hampir tiada.. Juga di enjin crankcase juga di welding sedikit..

 Sekitar muka dan belakang blok diwelding sedikit untuk ruang gasket

Piston pula di'modi' alur untuk klip piston kerana piston kereta tidak mempunyai alur seperti piston motosikal.. Kepala piston diratakan sehabis rendah yang boleh.. Tiada dome, cuma ada sedikit lekuk yang tinggal di tengah-tengah kepala piston..

 Piston kancil yang telah di'modi' alur untuk klip piston

Head pula kami gunakan head racing biasa sahaja, valve bersaiz 27 23.. Walaupun agak kecil kami relakan jua kerana keterbatasan terhadap budget yang diperuntukkan kepada kami.. Harap-harap pepatah orang lama yang mengatakan kecil-kecil cili padi itu menjadi pada mesin ini.. Insyallah..
porting inlet dibuka sebesar 26mm, kecil sedikit daripada saiz valve, dan berbentuk kun untuk memantapkan gas flow.. Untuk porting lubang exzos pula, dikorek sebesar 23mm sama besar dengan saiz valve ekzos.. Dipolish licin untuk melambatkan pembentukan arang..
Ruang pembakaran pula dibiarkan std,, Oleh kerana piston kali ini tiada dome, maka head tidak dibuka squish.. nisbah mampatan juga di setting tidak terlalu tinggi sekitar 11:1..

head racing
Head racing beli kat kedai je.. Tiada modifikasi, cuma porting yang sederhana..

Untuk camshaft pula kami sedaya upaya mencari kuasa yang terpendam terhadap keterbatasan saiz valve ini.. Setelah 3 kali mengubah sudut camshaft akhirnya kami dapati camshaft bersudut  in 326' ex 320' dengan lift 6.5mm yang paling terbaik untuknya.. Ada yang bertanya, 'Mengapa lift rendah sedangkan degreenya besar.. Jawapan kami, tanya sama itu mesin la.. itu yang dia mahu..'

326 320
 Cam yang banyak makan masa.. welding, mesin, welding, mesin lagi..

Untuk wiring kami tidak lakukan sebarang ubahsuai. Semuanya masih standart original kilang. Bagi kami mesin ini cukuplah sekadar di usik head dan bloknya sahaja. Mungkin ada rezeki di masa hadapan owner moto mahu upgred lagi baru kita teruskan perjuangan.. :)

Ekzos pula kami gunakan muffler AHM disambung dengan manifold racing.. Tiada pengiraan yang detail untuk sistem ekzosnya, cuma guna welding dan sambung.. Sengaja di pendekkan sedikit supaya nmpak lebih 'ganas'..

Untuk suapannya pula karburator TS jadi pilihan kami. Cukup lah untuk mesin ini makan, sekadar alas perut.. Hehe..


Karburator TS bersama muffler AHM di custom 'kontot' 

Setelah di setting dan di buka pasang beberapa kali kami dapati spoket yang ngam untuknya adalah 15 30.. Mesin sudah mampu mencapai top speed sekitar 180km,j dalam jarak 1 kilometer walaupun ia tidaklah di setting untuk trek 1 kilometer.. Mesin mampu untuk terus berlari untuk jarak jauh.. Mesin tenang dan mantain.. 

Perkiraan awal kami mesin ini tidak mampu berlari jauh oleh kerana saiz valve yang kecil ternyata silap.. Dengan membesarkan sudut camshaft tetapi lift yang rendah dapat membantu mesin agar tidak kehilangan nafas semasa top speed di tarik jauh. Walaupun tidak sebaik 100% sedikit sebanyak kami dapat mencungkil kuasa yang terpendam di dalamnya..

Untuk menambahkan lagi perasa di dalam post ini kami masukkan bersama video sewaktu setting mesin ini.. Bunyi angin yang terlalu kuat kami gantikan dengan lagu.. Harap anda terhibur..  Jika ada sebarang kesilapan atau kesalahan, maafkan kami..



Sekian.. Terima kasih kepada semua..




37 comments:

  1. tahniah ... saya teruja pada pembikinan cam ..mesin ..welding .. mesin dan welding .. hasilnya juga memuaskan ...JR ..

    ReplyDelete
  2. http://www.tkrj.co.jp/goods/m-BK0130A--5021.php

    rod k1 huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rod k1 mana yg bos link tu? yg saya pakai k1 110.. pin bwh 22 atas 18..

      Delete
    2. Ada spa2 nak kongsi dngn sya sal modi kriss 110 bang alang

      Delete
    3. Sorry silap http://www.tkrj.co.jp/goods/m-BK0070A--5085.php

      Delete
  3. Salam . Sy nk tanya sikit . Kalau nk setting macam kt atas ni . Agak2 berapa kos diperlukan ? Mohon bantuan . Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makluman . Saya pakai kawasaki ksr 110 . Mesin moto ni sama dengan kriss . Tapi boleh pergi 100kmh je . Sy nk upgrade sampai cecah 160-170kmh . Agak2 apa yg perlu ditukar ? Mohon bantuan . Terima kasih

      Delete
    2. bro bleh pm saya kt fb alang motor.. snng skit kita nk sembg2..

      Delete
    3. salam.. sy ade modi lagenda 110z block 65mm racing head 24 28 cam thailand timing gear standat cdi brand BRT karburator sp 28mm pakai klac tangan dah jackrod 6mm cme pakai crankshaf standart guna bearing brand FAG masuk kt crankshaf gear 4 dah tukar brand ABM sporket dpn dn belakang 16 27 tp hasilnya kurang memuaskn 170-175kmh . ape yg patut sy buat utk tingkat lg prestasi ?

      Delete
    4. Power jet miyak bprpe engin brpe

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. steady alang motor

    ReplyDelete
  6. CDI, coil plug & coil kt magnet std? support jugak ye piston besaq

    ReplyDelete
  7. Slm, klo nk order cranckshaft kriss 110 pakai rod 125z bole x? Dgn cam potong

    ReplyDelete
  8. motor saya piston taikon 65 head racing, meter gps mampu pergi 160kmj jew, kalo saya pakai crankshaft racing ok x? carb ts atau carbs 125zr yg sesuai utk saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pakai carb poweer jet je... peegi memang terbaik ar,,, hahaha

      Delete
  9. kalo pakai rod k1..pakai blok 57mm bleh kew..ke ad kene m0di

    ReplyDelete
  10. Bleh msok jga kh k1 kat kriss kh bro

    ReplyDelete
  11. Bro boleh bwat vdeo kriss stndrt modi ?? Cam merahh .. Nk tngok mcm mna hasil nya

    ReplyDelete
  12. meter 180kmh 125z ke.. ? meter ringan sangat.. baru 135kmh kereta, tu yg tegak je rakam kikiki

    ReplyDelete
  13. Alang bar in 30 ex 27...bar ap Leh msuk dgn kriss

    ReplyDelete
  14. Motor saya standard lagi boleh tolong up kn

    ReplyDelete
  15. http://YouthToEarn.com/?ref=301859
    Mantap bro

    ReplyDelete
  16. Salam.. Nak tanya sy ada bli kawasaki ksr tp clutch.. Nk tkr jdi xde clutch boleh ke

    ReplyDelete
  17. salam.. klau head valve 28,24. pastu dah porting .
    . pakai ts ok ke?

    ReplyDelete
  18. Salam....sy nk tnya head valve besaq...market brpa ek skrng?

    ReplyDelete
  19. Salam...head valve besaq brpa harga market skrng

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...