Monday, 27 April 2015

APA JADI APABILA MODENAS KRISS110 DI'JEK ROD' 3.5mm?


kriss jek rod

Salam.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi..
Dengan limpah rahmatnya dapat kita berjumpa kembali di blog Tuned By Alang Motor ini. Alhamdulillah.. Syukur juga masih ada lagi kesempatan untuk kami bersama, berkongsi ilmu, cerita dan pengalaman dicelah-celah kesibukkan mencari rezeki, menguruskan bengkel dan mengejar order daripada sahabat-sahabat semua.. Terima kasih kepada anda semua.. Semoga anda, pembaca-pembaca setia kami sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. Amin..

Setelah hampir 2 bulan tidak di update, kini kami kembali dengan cerita Modenas Kriss 110 yang di 'up stroke' 3.5mm.. Apa jadi agaknya?
Ceritanya bermula dengan kedatangan customer ini dari Segamat, Johor bersama keluarga serta akaknya yang comel.. :) .. Datang dengan hajat yang besar.. Mahu meng'jek rod' jentera krissnya. Bukan modi biasa-biasa ni.. Mungkin ingin merasa, apa rasanya naik motor yang telah di jek rod.. Maka kami sedia untuk merealisasikan impan anda.. Usah khuatir, akan kami usahakan sedaya upaya kami menghasilkan yang terbaik.."Tinggalkan motor ni kat kami sekejap ye, kami nak taruk mambang-mambang apa yang patut.." kata-kata terakhir kami sebelum owner bersama keluarga dan akaknya berangkat pulang.. Berhati-hati dijalan raya ye kak..!

Kerja-kerja membongkar enjin pun bermula.. Langkah pertama adalah membelah enjin untuk membersihkan kompenan-kompenan dalaman, Bearing-bearingnya ditukar baru untuk menjamin kelancaran mesinnya.. Cranksaft jek up 3.5mm yang menjadi tajuk utama cerita ini, disemadikan terus di dalam enjin.. Lain-lain kompenan dikekalkan standart..

Cranksaft jek rod ready made

Setelah siap dipasang enjin tengah, bahagian klac pula diperkemaskan.. Spring klac ditukarkn kepada jenis perlumbaan.. Selain daripada itu tiada apa-apa modifikasi dibahagian ini, cuma menukar kompenan yang agak lusuh.. digantikan dengan part original. Klac automatik tetap di kekalkan..

Seterusnya kami benamkan pula blok bersaiz 59.75mm. Ada yang bertanya mengapa tidak digenapkan sahaja menjadi 60mm.. Sengaja kami mahu pistonnya bersaiz begitu kerana jika dihitung dengan stroke barunya setinggi 57mm mesin ini telah meningkat kapasitinya menjadi 159.8cc dibundarkan menjadi 160cc.. Kami mahukan trade mark baru untuk mesin ni.. Kriss 160cc.. Nmpak lebih mantap kan? 

Bahagian head pula kami menggunakan head racing, valve bersaiz 28 24, juga ready made.. Mudahnya mahu modi motor pada zaman sekarang. Semuanya ada dijual dipasaran.. Pokok pangkalnya ada duit, ada ilmu semuanya telah sedia. Sanggup atau tidak sahaja kita berbelanja pada hobi jiwa-jiwa kelajuan ini. Faham-faham sajalah semakin extreme, semakin tinggi belanjanya..

head kriss
Head yang diporting manja-manja tidak terlalu nakal
bersama piston 58.75mm yang telah di Ipoh Style kan


Setelah semuanya selesai hal-hal berkaitan, kami memilih Camshaft Merah Kriss110 untuk mengatur perjalanan buka tutup injapnya. Dengan durasi 70+180+30 dengan angkatan setinggi 6.5mm menjadikn karektornya yang tidak terlalu aggresif, masih sesuai mesin ini digunakan untuk bersiar-siar atau berkonvoi. Compression ratio pula di set menjadi 11.5:1.. Sedap-sedap la kata orang..

Cam Kriss110 merah-merah delima.. 280' lift 6.5mm


Oleh kerana lejangnya yang telah meningkat 3.5mm, gasket atau spacer diperlukan. Kami menggunakan gasket blok aloi setebal 3mm, juga kami beli sahaja tanpa perlu custom sendri. Penggunaan gasket aloi lebih tahan dan kebal walaupun dibuka pasang beratus kali..

Karburator Suzuki TS kami gunakan untuk menyuap masuk campuran udara dan bahan bakar untuk mesin ini. Setelah me'nyetting' berkali-kali akhirnya kami dapati pilot jet 22.5 dan mainjet 100 yang ngam.. Namun begitu ada sedikit letup-letup semasa throttle dikedudukan separuh. tetapi dikedudukan throtle terbuka habis, tiada masalah.. Tapi jangan la nanti asyik full throttle je, tak panjang umur mesin ni nanti..

karburator suzuki TS
Karburator TS, head racing, blok racing, gasket blok pun racing


Seterusnya, kami tukarkan coil plug jenis racing bagi mendapatkan lebih besar percikan api plug, jesteru menjadikan pembakaran yang lebih baik. CDI unit masih dikekal standart.. Masih tiada masalah, kerana mesin tidak bermain di RPM yang tinggi.. maka tidak melebihi paras limiter CDI standart.

 Coil plug pun merah


Oleh kerana onwer telah pasangkan ekzos ini, maka kami terus sahaja settingkan pada mesinnya. Ekzos ini bunyinya agak perit, berbeza daripada bunyi ekzos-ekzos yang menggunakan muffler. Walaupun begitu designnya ia tiada masalah untuk mesin ini melawaskan bahan buangannya.. Cuma jangan bising-bising sangat lalu depan rumah orang, marah orang nanti..

  Ekzos CJ Ipoh Bike cutting Ex5

Final setting kami dapati spoket yang terbaik untuknya adalah 14 32, dengan tayar 80/90-17 depan dan belakang, berserta sport rim tiga batangnya.. 

Setelah diuji dalam jarak 1 kilometer kami berpuas hati dengan pencapaiannya.. kata-kata krew kami "kriss kalau dah jek rod 3.5mm mesti lari tak cukup meter.." Alhamdulillah, kata-kata menjadi doa, doa menjadi kenyataan..

 kita kasi lari sampai tak cukup meter 

Sama-sama kita layan video ini.. untuk menjawab soalan "apa jadi apabila modenas kriss110 di jek rod 3.5mm".. selamat menonton, semoga terhibur dan dapat memberi inspirasi kepada semua..

Sekian, Terima kasih semua







75 comments:

  1. Teruskan usaha alang motor..tanganberapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang nk tanye nii bengkel kt ner,nak up moto kriss 110 ni jadi jekrod 3.5mm jugak

      Delete
    2. Alang nk tanye nii bengkel kt ner,nak up moto kriss 110 ni jadi jekrod 3.5mm jugak

      Delete
  2. Alang crankshaft ni brapa harga
    Timing chain pakai spec apa
    Dan apa lagi yg boss modi pada rumah enjin

    ReplyDelete
  3. terbaiklah...so ape kesudahan cerita akak comel tu?hehee

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. crankshaft 110 blh msuk kt kristar 110 x bang??? wow smart stcker bru alang. hehe cm knl je (*^﹏^*)

    ReplyDelete
  6. pnah pakai ts 125, spec motor lain tp problem sama, half throttle dlm 5000 rpm camtu mcm semput2 sebijik bunyi mcm dlm video.. saya turunkan needle..problem solved..x dek semput2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mj ngn pj brpa king??saya pon dok semput ii jugk ..mj ngn pj skrng saya guna 135-35..semput jugkk..mohon pertolongan

      Delete
    2. Tuu dh melampau dh saiz mj...kalu bgi aku, aku pilih saiz 100 ataupun 110 mj...pilot jet pulak 22.7

      Delete
    3. kalau standard je bos tapi pakai ts,mj dgn pj bape,
      sprocket pulak bape bagi orang yang berat 90 kg keatas

      Delete
    4. Kalau std pkai yg std punye...just set pj kasi ngam ii n mj tuu kalu bleh pkai lh 90...pj tuu agk ii 38 lh

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. trimakasih,,,
    infonya sangat menarik,,
    mantap,,

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. assalamulaikum sya kaki bru nak bermain moto ni ...nak tnya kos nak bt jetrod kiss100 brpa ya....utuk mlm raya niii ..

    ReplyDelete
  11. Merjuk pada mileage meter dan masa (dlm saat) pada video.

    halaju stabil pada 160km/j (speed meter).
    motor ambil masa 3 saat untuk 100 meter.

    Pengiraan:
    100 m = 3 saat
    1 km = 30 saat

    1 minit = 2 km
    1 jam = 2km X 60

    maka kelajuan motor adalah 120km/jam

    ReplyDelete
  12. Block 57 cam IKK racing sesuai pkai spoket berapa ?

    ReplyDelete
  13. Block 57 cam IKK racing sesuai pkai spoket berapa ?

    ReplyDelete
  14. Block 57 cam IKK racing sesuai pkai spoket berapa ?

    ReplyDelete
  15. Nk buat kristar,,mne ekk tempat yg dye buat tu?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Kriss 100 standard abis apa yg kna bwt slain tkar hi-cam,carb?

    ReplyDelete
  18. Kedai bos kat mane?? nak hantar motor bikin long 2-3 km..

    ReplyDelete
  19. Abg alang sy nk tnya ni head racing kriss klau beli kt kedai kena modifit lgi ke pasang terus. And cam ap yg sesuai untuk head racing ni ye??

    ReplyDelete
  20. As salam,nk tanya kalau pakai blok 58mm nk sarung kat modenas kristar enjin kene korek ke? maaf bertanya bang...bdk baru belajar...

    ReplyDelete
  21. salam bang alang,klau kriss 110 tu di jekrod kn,mcm mme nk adjust pipe silender supaya sampai kat head?,boleh bagi penjelasan x bang...

    ReplyDelete
  22. stroker kriss 110 mengikut spec didalam internet ialah 50.6mm bang, kalau salah jgn kecam ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh kalau dh jekrod die tambah 3.5mm+3.5mm=7 ,so stroke die jadi 57mm

      Delete
  23. Klau nk pasng jet rod berapa kosnyer

    ReplyDelete
  24. fuhh..blh sy thu kt mna benkel ni?

    ReplyDelete
  25. fuhh..blh sy thu kt mna benkel ni?

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum alang
    nak tanya bengkel kat mana..
    sy nak up MR1 sy.. 0174365246

    ReplyDelete
  27. Assalam bro..crankshaf honda class 1 sma tak dgn modenas kriss 100cc?

    ReplyDelete
  28. Jet rod 3.5 mm tu brpa hrga? Dan boleh masuk trus ke enjin standard kriss 2 100 (enjin serupa ex5)

    ReplyDelete
  29. bang masuk piston 60 rumah enjin kene korek tak utk masuk block?

    ReplyDelete
  30. Nak tnye.kenapa coil api magnet saya selalu terbakar.motor kriss 110 x ad disc.head racing,block 60,hicam racing.mintak pendapat sikit.

    ReplyDelete
  31. bro.... kriss 110 stroke ori 50.6mm je... camana boleh jadi 57mm bila dijek 3.5mm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jet 3.5mm dia jd kedepan 3.5 keblakang 3.5 sama 7mm..bukaan stroke jd lebih

      Delete
    2. Jet 3.5mm dia jd kedepan 3.5 keblakang 3.5 sama 7mm..bukaan stroke jd lebih

      Delete
  32. assalmualaikum.... timing chain motor apa yang sasuai utk mod ini...

    ReplyDelete
  33. klau valve 28 ,24 . ok ke pakai ts?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jer...kalau nk sdap pon pkai yg carb sp punya ori thai

      Delete
  34. Spoket untuk long kriss 110 brapa mintak tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji 15 depan blakang kne set sndiri ler..biar besar asal long itu mari

      Delete
  35. Spoket untuk long kriss 110 brapa mintak tolong

    ReplyDelete
  36. kalau nak buat camni jugak boleh ke , dekat mane bengkel bape modal ?

    ReplyDelete
  37. kalau nak buat camni jugak boleh ke , dekat mane bengkel bape modal ?

    ReplyDelete
  38. Brpe modal klau nk buat jet rod 3.5mm

    ReplyDelete
  39. Pakai rantai kecil berapa mata?

    ReplyDelete
  40. Aku jek rod 4mm ikk, blok 57mm, head espada 23.5 27.5 , cdi standard , coil api apido , gear ratio spr, carb ts125, sprocket 15 32,bearing racing full dalam enjin, sekali dgn kat crankshaft habis rm 2500 buat kat cina moto GPS 113, sebelum ni bikin blok 57mm ,head espada 23.5 27.5 , carb ts125 coil api apido ,sprocket 14 38 Moto dapat meter 150 highway GPS 125-130. Silap pomen aku dah kata skru enjin bawah ada lose suruh dia solitape putih yg UTK paip. Last last mmm.hampeh. kesimpulannya ikut alang punya resepi. Tukar crank blok dgn head dgn carb ts confirm out meter gps 170. Aku rasa masalah aku kat spec jek rod aku ni kat block. Block kena tukar. 57 mm ada duit lebih kena up spec 58.75 atau 60. Tu kena lay enjin bagi besar sikit. Slip kena tebal. Baru tahan

    ReplyDelete
  41. Nak tambah sikit aku pakai cam racing espada

    ReplyDelete
  42. Salam. Tumpang tanya kalau kriss 110 pakai carb ts. Tengkuk carb nak pakai motor mana punya? Pastu boleh sarung kotak angin tak? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  43. Klu kriss nk jed rod 4mm tiang mtor ap yg blh pkai ye sbb tiang asal pendek

    ReplyDelete
  44. Salam saya pn sedang nk cari pomen specialise kriss 110 ni. mohon pm tkasih

    ReplyDelete
  45. Salam... Piston high compression jenama apa untuk kriss 110??

    ReplyDelete
  46. Salam, bro sy berminat nk bikin kriss 2 sy ni, bengkel di mana? Atau awak blh wasap sy 0182969018

    ReplyDelete
  47. salam bossku..nk tanya pendapat sikit, sy punya motor kriss jetrod 3mm, siap pasang semua bila test enjin cepat panas dan piston cepat over limit..macam mana nk settle masalah ni ye..

    ReplyDelete
  48. Bang macam mana nak contact saya nak tanya pendapat la kalau pasal upspec motor version lama ni

    ReplyDelete
  49. Boss klau kriss 110 jet 4mm tiang kne ubah x atau pkai std je.. Klau ubah pkai tiang ap ye maaf bertnye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...