Thursday, 5 December 2013

YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI JEK ROD DAN BORE UP

crankshaft jek rod
Crankshaft Kriss Jek Rod 15mm

Salam... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi... 
Terima kasih kepada semua pembaca blog kami yang baru hendak belajar ini.. Kami amat mengalu-alukan pandangan dan pendapat anda untuk kita sama-sama berkongsi, menambah ilmu dan pengalaman. Pastinya mereka yang sering memodifikasi motosikal mempunyai begitu banyak pengetahuan yang berbeza diantara kita.. Bagi kami kita adalah bersaudara, yang berkongsi hobi yang sama, mempunyai tujuan yang sama, jatuh keseorangan amat sukar untuk bangkit semula..



Post kali ini kami akan bercerita mengenai menambah kapasiti enjin.. seperti yang semua tahu semakin besar kapasiti enjin, semakin banyak udara dan bahanapi dapat dihirup oleh enjin, maka semakin besar lah kuasa yang akan diperolehi.. Ini lah kebanyakkan tujuan modifikasi, mencari kuasa, mempercepatkan pecutan dan top speed yang melentukkan meter ke dinding...
Kapasiti enjin boleh ditambah dengan 2 cara. iaitu
  1. Membesarkan piston (bore up)
  2. Memanjangkan lejang (stroker up)
Enjin yang mempunyai bore yang lebih besar dari stroke di panggil oversquare dan stroke yang lebih besar dari bore di panggil undersquare.


EX5 open
 Contoh mesin yang telah di jek rod memilki gasket blok tebal

Rata-rata kita semua biasa lihat jentera-jentera drag (terutamanya mesin 4 lejang) memiliki gasket blok yang tebal-tebal sehingga hampir menyamai panjang blok mesin itu sendiri! Mengapa? Kerana mereka telah mengubah stroke semaksimum yang boleh. Mesin yang dikategorikan undersquare ini lebih cenderung menghasilkan kuasa di RPM rendah ke menengah. Dikala lampu hijau dinyalakan, mesin mampu keluar dengan cepat walaupun dengan RPM yang rendah,.Top speed juga dapat diraih tanpa perlu mesin berteriak tinggi. Rata-rata mesin begini mempunyai spoket yang kecil hingga ada yang hampir sama besar spoket depan dan belakang..
Walaubagaimanapun setiap sesuatu mesti ada kelemahanya.
  • Dengan bore yang kecil kita tidak boleh membesarkan valve. Salah satu punca mengapa mesin tidak dapat bermain di RPM tinggi.
  • Cranking Pressure juga menjadi lebih tinggi, 
  • Isipadu ruang pembakaran amat perlu dititik beratkan untuk design mesin sebegini.
  • Piston lebih cepat menghampiri limit piston speed.
  • Geseran piston lebih banyak kerana jarak perjalanan piston yang panjang. Enjin cepat panas
  • Mencari top speed pada RPM tinggi akan membawa bencana..
  • Contoh enjin standart menggunakan design ini : Yamaha LC, Honda Wave 125

Blok welding
Contoh mesin oversquare, gasket blok nipis tapi blok welding

Mesin-mesin oversquare pula biasanya kita dapat lihat pada blok yang berwelding kerana slip yang besar telah dibenamkan. Gasket blok juga tidak terlalu tebal. Biasanya idling mesin begini agak kasar, berbanding mesin undersquare.. Dengan ruang bore yang luas kita boleh membesarkan valve, tekanan mesin tidak begitu tinggi, geseran piston juga lebih rendah. Mesin mampu berteriak di RPM tinggi tanpa banyak risiko dan piston tidak terlalu menghampiri limit piston speed..
Namun sama seperti mesin oversquare, ia juga mempunyai kelemahan.
  • Cranking pressure rendah menyebabkan mesin tidak bertenaga di RPM rendah. Duration camshaft yang tepat penting untuk mengatasi masalah ini.
  • Perlu disetting bersama karburator besar. 
  • Bahanapi tidak begitu menjimatkan.
  • Sistem ekzos menjadi peranan penting untuk menghasilkan kuasa.
  • Contoh enjin standart menggunakan design ini : Modenas Kriss, Jaguh.


Memanglah di dunia yang nyata ini kita biasanya memodifikasi mesin mengikut budget. Mengubah kapasiti mesin bukanlah sesuatu yang murah. Namun jika berpeluang, pastikan ciri-ciri mesin yang akan anda lakukan perubahan. Jika berminat pada jek rod yang tinggi-tinggi dan gasket tebal-tebal, pastikan kualiti pembuatan pada crankshaft anda juga tinggi. Semakin jauh big pin dianjak, semakin tinggi risiko untuk anda mencari kuasa maksimum. Pastikan juga berat crankshaft sepadan dengan kapasiti enjin agar mesin tidak terlalu stress..

Kesimpulanya, setiap modifikasi hendaklah bersesuaian dengan keperluan mesin. Mengikut pengalaman kami risiko mesin 'jek rod kaw-kaw' adalah tinggi jika digunakan untuk trek yang panjang. Mesin lebih enak dijodohkan dengan trek yang pendek.. Mudah dan cepat keluar starting dan cepat mendapat top speed.. 
Mesin jarak jauh pula kami menggunakan design oversquare. Dengan valve yang besar, tekanan yang tidak terlalu tinggi dan susun atur buka tutup valve yang sesuai, mesin lebih mantap di top gear..


Jadi, sekarang apakah pilihan anda?



103 comments:

  1. salam,,brape kos nk buat ex5 sprint

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. kos bergantung pd tahap modified.. lg extreme lg tinggi kosnya.. klau spec nak buat sprint, masuk head blok lain mau gi smpai 3k.. klau masih lagi head blok ex5 xde la tinggi sgt, cuma di trek sprint skg, head blok ex5 ssh skit nk cari mkn.. so?

      Delete
    2. salam. bang, jack rod dgn naik pin sme ke x?

      Delete
    3. Bang klau wave 125yg belakang lebar tu block 63 pakai crankshaft 2mm bley nk long distane

      Delete
    4. Bang klau wave 125yg belakang lebar tu block 63 pakai crankshaft 2mm bley nk long distane

      Delete
    5. Salam bang tumpang tanye kalau jet up ni mcm mana?? Baru belajar😅

      Delete
    6. brpe bos bajet kos untuk buat mtr buat2 sedap bawak klu masok spec 55 kos tinggi x

      Delete
  2. Kalu sy pilih kedua2 sekali.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak kira berapa besar pun dia ttp dikategorikan enjin oversquare atau undersquare... cth jika ex5 mmpu dinaikkan stroke menjdi 80mm, di bore up smpai 86mm, dia ttp menjadi enjin oversquare.... semakin tinggi stroke rendah rpm yg slmt bg nye.. :)

      Delete
    2. Salam bang.... sye nk blajar psal moto,, mcm mne nk lju kan moto... nk tkar brang pew arh... sye naek mto kriss

      Delete
    3. gi kt fb alang motor je la.. kita sembang kt sana.. ok?

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. https://www.facebook.com/photo.php?v=607266149323205

    spec bore 62mm
    jack up 4mm

    ReplyDelete
  4. salam..video atas..asal punca jad mcm tu..ye bang..

    https://www.facebook.com/photo.php?v=607266149323205

    spec bore 62mm
    jack up 4mm faito version two tambah berat
    head std carb pwl28 port polish
    cam uma..sv cms..mohon pencerahan

    ReplyDelete
  5. Crankshaft kriss rod ape pakai mcm rod 2t je.

    ReplyDelete
  6. Abis tu piston ape pakai pin piston muat ke

    ReplyDelete
  7. Ooo
    Klu nk tempah buat crankshaft wave 125 pastu nk up alih lubang bulih buat tak berapa kos..

    ReplyDelete
  8. salam..kalau pkai jack rod ni bole pegi bape jauh yee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejauh mungkin lg terdaya....hehe

      Delete
  9. Bro....Tanya sket sy pakai scram XTM enjin Suzuki dr200 jek rod ape bleh masuk

    ReplyDelete
  10. nk wt jackrod cm mne?

    ReplyDelete
  11. Askm geng..casing 110 nk pakai tiang block head ego..bp cos welding bore tapping? Sms kawan 0132339432

    ReplyDelete
  12. Thankz...byk info yg sy dpt kat blog ni...tp bagai mana pulak 2stroke di jek rod... apa kelemahan nye....mcm kat lubg angin dalam jadi lg tinggi bile gasket blok tebal...top speed jd lg cpt ke lambt...sbb kefahamn sy ia akan jd bukak lg awal mse piston trun kebawah...n lambt ttup ble keatas....sy tanye otai2 dlu..ingat nak test kaji gak...tq

    ReplyDelete
  13. Sronok dnga bro..q pun nak kongsi sal modi moto

    ReplyDelete
  14. Seronok bro dngar sal moto..bleh kongsi kh.ehehehe

    ReplyDelete
  15. Jek pin gan jek rod mana lagi laju bang?

    ReplyDelete
  16. salam..sye ingin tanya..sye dah mody sye pnye ex5..block 54,carb wave125,kuil api 125,cam tokahi..saye ingin tukar cam kepada alang cam..ape pendapat abang n kalau boleh komen ape yg kurang..berat saye dlm lingkungan 105-110

    ReplyDelete
  17. Jek 12mm piston kancil.. Rod ap yg kelia

    ReplyDelete
  18. Ts 125 or 185... Ujng rod piston pin pkai bearing ka??

    ReplyDelete
  19. Jek 15mm gear xsngkut ker

    ReplyDelete
  20. nak tanya, jet pin or jet rod ni senanya apa? apa yg diusik?

    ReplyDelete
  21. assalam .nak tnya mcm mna nk cari top kriss 100 .sekarang ni baru tukar cdi ,spoket 14-33,dgn coil api racing bee.moto pegi 130 je..mohon beri panduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kriss 100 tk bnyak beza pon dngn ex5.. Bro boleh try ikot care modi ex5 je.. Lgi satu cdi racing je tk beri kesan mane sngt untuk enjin 100cc ni.. Kalau bro nk main topspeed untuk suke2 je boleh try masuk bloke 53, set pilot/mainjet, pakai lowcamp. Lepas tu pakai spoket sesuai dngn berat badan

      Delete
  22. Untk modenas kriss . Agak² brapa modal ? Dan bolehkah buat kedua duanya skali ?

    ReplyDelete
  23. Untk modenas kriss . Agak² brapa modal ? Dan bolehkah buat kedua duanya skali ?

    ReplyDelete
  24. Untk modenas kriss . Agak² brapa modal ? Dan bolehkah buat kedua duanya skali ?

    ReplyDelete
  25. Salam, bro.
    Baru2 ni saya baru buat restore-mod jentera GBO lama.
    Saya upgrade menggunakan part EX5 seperti berikut:
    - Blok 53mm EX5
    - Standard cylinder head EX5 Dream
    - Standard crankshaft & con rod GBO
    - Espada TS125 28mm carb + open pod air filter

    Masalah saya sekarang, bila bawa jalan enjin jadi semput masa tarik ke high rpm. Makin rev tinggi, makin terasa power loss. Dah cek enjin balik & kompom takde leaking di blok, head, carb ataupun exzos. Setting air/fuel pun dah cun, idling pun ok.

    Soalannya, mungkinkah sebab saya masih pakai standard con rod & compression tak cukup bila tukar pakai blok & head besar? Kalau perlu tukar pakai jack rod, brapa mm perlu offset?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu..bahagian kelas masih pakai standart gbo ke?kalau masih guna kelas gbo kamu kena pakai crankshaft honda fame..kalau guna block draem kamu kena guna crankshaft dream juga tapi kena hantar mechine shop suruh dia buat bentuk gbo balik..gbo kena guna magnet high power..dream punya magnet takut power kurang sebab ada satu skru nanti tak dapat ikat coil macam senget..

      Delete
    2. ooo ok2. Baru2 ni saya dah tukar pakai conrod dream sebab memang pakai blok dream, tapi crankshaft masih ori gbo. Tak tau pula kena tukar magnet pakai high power. Patutla combustion masih lagi letup2. Orait2, thank you bang.

      Delete
    3. Salahnya kau pakai carb besar...block 53mm sepatutnya carb tu kena pakai saiz 24mm atau kecik lagi 22mm...atau pakai carb kriss 110 standard...kriss 110 standard pon block 53mm...gila betul block 53mm pakai 28mm...memang keluar awal motor tu...top memang loss power sebab carb tidak sepadan dengan saiz block...lepas tu baru tengok balik magnet tu senget atau tidak...

      Delete
  26. Assalamualaikum..saya nak tanya sikit..betul ke kalau motor kita buat jet rod dan setting betul2 dan nyam..blh buat jln jauh mcm motor std..contoh jln jauh, dari kluang - kajang - kluang..full trothle dan santai2..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motor tu akan tahan untuk long distance sekiranya nisbah mampatan tidak terlalu tinggi dan tidak sentiasa lenja sepanjang masa...

      Delete
  27. Bos, saya nak tanya sikit ni. Kalau jack rod boleh pakai piston size besar tak?

    ReplyDelete
  28. Bos, saya nak tanya sikit ni. Kalau jack rod boleh pakai piston size besar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang org jetrod pakai piston std wkwkwk

      Delete
  29. Ada sapa tau, Jek rod ni sesuai untuk daily ride ke hanya untuk drag race?

    ReplyDelete
  30. kalau modenas kriss 100...kalau nak jack rod..nak pakai rod ape ye..kalau ex class 1 boleh tak..dan kalau dah pakai block sais 54...carb sais brapa cun..tolong bagi pencerahan jap???

    ReplyDelete
  31. Blok kalau tak porting boleh pakai tak bro? Ape kesan2 sampingan nya? Tapi gasket saya tebal so tk knocking tp ade ape2 risiko tak ?

    ReplyDelete
  32. salam..nk tnye klu dh di jekrod..gsket pn mnjdi tebal..rntai timing mcm mne yee??timing smbung ke mcm mne??atau ade jual timing yg dh di modi??

    ReplyDelete
  33. Assalam bang,kalau nak tambah top...bikin ape lagi eh...?
    Saya pakai belang piston 68mm carburator uma30mm cam custtom,head valve 23/25,cdi brt i max,exzos youshimura....
    Top mcam kurang la...

    ReplyDelete
  34. Assalam bang.. nk tanya motor yg enjinnya jet rod pakai ekzos bising boleh tukar ekzosnya x kepada ekzos standard...mohon info ?? Takut jadi apa2 plak kat moto..

    ReplyDelete
  35. Klu sya mau jet smpai 6mm,piston 65,head rcing 24/21,ekzos 32mm so adakah boleh main pickUp n hgway?

    ReplyDelete
  36. Salam..sy nk bg tips skit..sy prnh pkai c70..crank wave 125..blok 53 dream..head dream..carb c70 korek skit..bg sedap..gear 3..cam ptg..skunk cecah..170km/h ...dan mmg bleh bwk jln jauh..klaw utk ex5..sesuai tiru spec wave..bore ngn stroke dye

    ReplyDelete
  37. Bang boleh ke wave125 punye rod masuk dekat ex5

    ReplyDelete
    Replies
    1. same panjang dgn rod class 1 .. so pikir2 laa

      Delete
  38. Salam..c70 kalu nk bt jet rod..dlm lingkungan brp RM...

    ReplyDelete
  39. Salam , motor ex5 block 57 rumah engine korekk sikit, Grandshaft dan rod ex5 model lama orang panggil oneten,head cuba cari orang panggil, superhead head besar, valve racing valve besar,spring valve spring racing Juga, magnetoo hantar kat kedai , magnetoo kasi potong sikit, kasi magnetoo sama berat dengan auto class, bearing granshaft bearing fiber kasi full bearing lagi sedap, class pakal class tangan, pakai spring class racing juga kasi rigan,class tangan lagi bagos pada motor tak ada class, class tangan pakai supaya Dia jaga auto class moto kita lagi bagos, karburetor cuba pakai karburetor UMA RACING SIZE 24 Setting karburetor kasi cun minyak kena kasi lebih sikit, jangan telampa lebih sangat setting angin karburetor ,ekzos ekzos AHM Atau Yypang ..

    ReplyDelete
  40. Salam , motor ex5 block 57 rumah engine korekk sikit, Grandshaft dan rod ex5 model lama orang panggil oneten,head cuba cari orang panggil, superhead head besar, valve racing valve besar,spring valve spring racing Juga, magnetoo hantar kat kedai , magnetoo kasi potong sikit, kasi magnetoo sama berat dengan auto class, bearing granshaft bearing fiber kasi full bearing lagi sedap, class pakal class tangan, pakai spring class racing juga kasi rigan,class tangan lagi bagos pada motor tak ada class, class tangan pakai supaya Dia jaga auto class moto kita lagi bagos, karburetor cuba pakai karburetor UMA RACING SIZE 24 Setting karburetor kasi cun minyak kena kasi lebih sikit, jangan telampa lebih sangat setting angin karburetor ,ekzos ekzos AHM Atau Yypang ..

    ReplyDelete
  41. Assalam ha... Alang please bgi no wasap snang skit nk bincang klu nk bincang kt fb sy xd fb

    ReplyDelete
  42. Ad orang kata Jetrod tu cucuk ap tah? .carb kot. Bole dak bg lg lanjut. Xpahe deh? .#jgnkcam

    ReplyDelete
  43. Sye ada motor y15zr. Ap yg patut sye modified terlebih dahulu??

    ReplyDelete
  44. Spa tau nk operate ex5 class1 set long..pm.0135323427..skarng 120..tnduk..pnggung 115

    ReplyDelete
  45. asslam boss ..klau pkai cranksharf 1ten gasket kna tebal ka?

    ReplyDelete
  46. Nak tanya sikit wave nak pakai crankshaft class1 jek rod 3m dan wave125 jek 3m yang mana elok..beli yang siap tu brand mana yg bagus..mohon pencerahan dari tuan..

    ReplyDelete
  47. Assalam...nak tanya sikit.kalau crankshaft wave 125 sama clutch auto dan clutch gearnya agak agak boleh masuk di injin EX5 tak?tq.

    ReplyDelete
  48. Salam tuan..lc jackrod 4mm crankshaft ikk sesuai ke untuk jalan jauh..cr 11.5, nk buat cr tinggi tkut bobos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk rendahkan cr...pakai forged flat piston...buat kawah besar...

      Delete
  49. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  50. Bang kalau tangan rod class 1 dengan 110 lain ke?

    ReplyDelete
  51. salam..nak tanya klau x brpe nk ngam settings sbb ape lgi ye.. enjin kriss 110..pakai cranshaft faito jackup 10mm..dn satu lgi nak tnya klau dh jackup tinggi btng tiang rumah enjin tu blh pakai btng ape sbb x brpe nak panjang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah dengar lagi faito buat crankshaft sampai 10mm untuk kriss 110...

      Delete
  52. Assalam, ape fungsi kalau kita jet pin crankshaft standart ex5? Pastu bearing racing ape yang cun untuk dipakai?

    ReplyDelete
  53. Salam ban kalau saya moto wave 100 tuka crankshaft wave 125 rod dream block 56 lebih kepada long distance atau pickup

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar kpd piston kriss bru sedap tpi atas set jugak kne taruk spring valve racing,carb 125 ke atas,api kene cun, high cam, korek siket head,spoket rantai kecik tuhh naikkan ke atas satu mate, n jgn lupe set kasi cun spoket ratio tu pentingg untuk kawal kuase enjin ikut cite rase owner.. confirm 150kmh bawak ke 160kmh dn lebih mesti dpt

      Delete
  54. salam bang nak tanya apa risiko kalau jet rod

    ReplyDelete
  55. Assalam bro … nak tanya klau kriss mr1 buat oneten block 55 boleh long distance tak? Ada risiko utk jam tak klau pakai daily? Penjagaan minyak itam smua mcmna?

    ReplyDelete
  56. Rod kriss 110 ngn rod lc same panjang ke boss

    ReplyDelete
  57. sya nk tnya kalau pkai cransft wave 125 pnp ex5 kene pkai timing chain apa ya

    ReplyDelete
  58. Bro block head Honda fame boleh masuk ke kat c70... Timing chain Sama ke... Ade ape2 yg Kena modified ke

    ReplyDelete
  59. Bole ke crankshaft standart kite panjangkan storke

    ReplyDelete
  60. Bang , boleh ke ex5 pakai crankshaft kriss ?

    ReplyDelete
  61. Mohon bertanya, ape perbezaan jedrod dan rod panjang tuk ex5

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada persoalan ini. Soalan saya beza crankshaft standard rod panjang dan crankshaft upstroke rod standard.

      Delete
    2. panjang stroke berbeza tpi kemungkinan block sama panjang...mcm crankshaft std rod panjang pakai block dream...rasa std je...tpi kalau crankshaft upstroke rod pendek pakai block dream..rasa ade lagi power

      Delete
  62. Salam boss klo kita pkai enjin lifan 160cc nk lagi padu sesuai carb ape, dan lagi satu sy jenis yg mementingkan top speed dan pikup banyk x yg perlu di ubah suai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kira saiz block baru dapat tau saiz carb....

      Delete
  63. Boss kalau piston size 65 jekrod 6mm kena pakai valve size berapa??

    ReplyDelete
  64. bang nak no boleh saya nak pm deret dekat whatsaap sng

    ReplyDelete
  65. Salam, tanya sikit kalau pakai block 74mm jack 6mm rod kena pakai saiz berapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli je rod aftermarket yg jenama racing

      Delete
  66. Salam...class1 jet pin pakai pin cndrod apa paling cun

    ReplyDelete
  67. Square engine apa kelebihan. Stroke 57mm bore 57mm

    ReplyDelete
  68. Salam...kalau kriss mr1 up spec 57 kene tukar apa ja...kos kasar berapa...crankshaft kene tukar jgk ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...