Sunday, 24 November 2013

BELAJAR MENGIRA SUDUT CAMSHAFT








  •   Salam semua... seperti yang sudah sedia maklum, setiap enjin 4 lejang mempunyai aci sesondol atau camshaft yang mengawal buka tutup injap masukkan dan injap ekzos.
  • Setiap camshaft mempunyai sudut buka tutup valve yang berlainan kriteria dengan setiap model enjin. Tidak kira apa pun sudutnya pasti pengeluar mahukan camshaftnya berupaya menghasilkan enjin yang berkuasa, selesa pengguna, jimat minyak, idle yang lembut, tork yang berguna dan sebagainya...
  • Disini kami tidak mahu membebel panjang mengenai istilah yang digunakan pada camshaft, cukup kami ringkaskan cara mengira sudut cam yang paling mudah agar dapat kita berkongsi ilmu mencari ketepatan sudut yang terbaik untuk mesin kita.. 



Istilah-istilah pada camshaft


  •  Kaedah mudah yang boleh digunakan dengan mengira pada gigi timing cam..
  • Contohnya pada gigi timing cam ex5 dream mempunyai 32 gigi.. 1 pusingan penuh 360'. Bermakna 360'/ 32 gigi = 11.25'... 1 gigi memberi 11.25 darjah.. 
  • Jika cam intake anda membuka pada 1.5 gigi sebelum piston top (TDC) dan menutup pada 4 gigi sebelum piston top..
intake buka 1.5 * 11.25 = 16.87'
intake tutup 4 * 11.25 = 45'
jumlah sudut cam adalah 45+180+16.87= 241.87'
(180 didarab kerana 1 pusingan camshaft bersamaan 2 pusingan crankshaft)


  • Contoh bergambar untuk lebih pemahaman..

Intake valve tertutup 4 gigi sebelum piston top


Intake valve terbuka 1.5 gigi sebelum piston top


 Ekzos valve terbuka 4.5 gigi selepas piston top
  

Ekzos valve tertutup 1 gigi selepas piston top 


 Penerangan serba sedikit pasal cam duration
  • Cam duration atau sudut cam adalah penentu rentang kuasa (power band) bagi sesebuah enjin 4 lejang.
  • Semakin besar sudut cam (semakin lama valve terbuka), semakin tinggi RPM boleh dicapai... Kuasa juga menjadi semakin jauh di RPM atas..
  • Walau bagaimanapun pemilihan sudut cam bergantung pada kesesuaian kerja mesin. Jika memodifikasi mesin untuk motocross tidak perlulah mencari RPM yang tinggi, cukup cam yang dapat memberi kuasa di RPM pertengahan. sama juga pada mesin untuk kegunaan harian.. 
  • Sudut cam intake adalah yang paling mempengaruhi kriteria mesin. Semakin awal tertutupnya inlet valve, semakin tinggi cranking pressure.. Ini akan memberi kuasa di RPM bawah, namun jika RPM semakin meningkat, pressure semakin tinggi, ini boleh menjejaskan prestasi dan memberi kesan buruk kepada mesin..
  • Semakin lambat menutup intake valve pula akan berlaku reversion bahan api untuk memasuki ruang pembakaran.. Namun dengan porting lubang intake yang baik boleh mengelakkan reversion dengan meningkatkan inersia kemasukkan bahan api..
  • Untuk cam ekzos pula semakin cepat terbuka, akan membuang kuasa letupan untuk menolak piston turun kebawah, kuasa juga berada di RPM tinggi.. Jika semakin lambat, kuasa letupan akan tersimpan, kuasa terhasil di RPM bawah.. 
  • Semakin lambat terbuka akan menghasilkan vakum diruang pembakaran yang akan mengganggu kelancaran mesin di RPM atas.. Dengan porting lubang ekzos, saiz, bentuk dan panjang manifold dapat membantu meningkatkan prestasi mesin.
  • Semasa di hujung lejang ekzos, kedua-dua valve terbuka (overlap).. Sudut overlap ini juga mempengaruhi kriteria enjin. Semakin tinggi (intake valve terbuka awal, valve ekzos tertutup lambat) mesin mampu "berteriak" berkuasa di RPM tinggi.. tetapi terdapat juga masalah kepada mesin seperti idling (timimg) enjin yang kasar, minyak kuat, valve berlaga dengan piston, kuasa lemah di RPM bawah, dan sebagainya...  
  • Terlalu panjang rasanya jika disembangkan mengenai cam ini dalam 1 post.. kami rasa adalah lebih baik jika tajuk camshaft ini dipecahkan kepada beberapa skop seperti cam racing, cam potong, high cam, low cam, overlap, LSA, lift, pattern cam dan lain-lain... dalam post akan datang. Insyallah selagi termampu kami akan bercerita lagi. Terima kasih semua...




39 comments:

  1. LSA ... lagi kecik angle lagi besar overlap sesebuah cam
    . betul x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tp kena sesuaikan la dgn pengguan mesin.. tak smestinye kecil itu bagus dan besar itu baik... haa.. renung2kan..

      Delete
  2. fcci lowcam untuk kriss110 ade x di pasaran dh bnyak kedai sye cri susah nak jumpa

    ReplyDelete
  3. Makin pening kepala ini.

    ReplyDelete
  4. kt mane nak blaja ni..ade tmpat khusus x?

    ReplyDelete
  5. Salam.. nk tnya.. knapa kpla valve sy sllu kmbang.. xtaw al mdslah ny

    ReplyDelete
  6. Salam abg acik . Lu mmg legend bab mengkaji nie . Wa salute sama lu bro . InsyaAllah ada masa saya datang bengkel abg .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro! wa pun salute sama lu.. haha..

      Delete
    2. sy ade beli cam jenama honda bukak cepat tapi moto cepat ngerang hujung,slip blok saiz 72mm.bleh bagi pndapt tntang moto sy,pening da skg ni

      Delete
  7. Gua pun respeQ lu bang.kau memang terbaik tok...bang acik.....q syok bca pasal bljar sudut cam...tq bro,sbb syre ilmu

    ReplyDelete
  8. camshaft angle & LSA tok modenas kriss 110 berape erk ??

    ReplyDelete
  9. SECARA MENYELURUH KEBANYAKAN CAMSHAFT STANDARD BERSUDUT;

    INTAKE 218-225DARJAH MAJORITI VALVE IN MULA DIBUKA DI 0 DARJAH (PADA MARKING T) DAN MENUTUP SEKITAR 38-40DARJAH SELEPAS KEDUDUKAN PALING DALAM.
    EXHAUST PULA BIASENYE MENGECIL 3-5DARJAH DARI TEMPOH CAM IN
    MULA TERBUKA SEKITAR 38-35DARJAH DAN MENUTUP 3-5DARJAH SELEPAS MARKING T(SELEPAS KEDUDUKAN PISTON TERATAS)
    MID-ANGLE INTAKE SELALU NYE 110DARJAH SELEPAS T
    MID ANGLE EXHAUST SELALU NYE 105-103 SEBELUM MARKING T.

    ITU PROFIL CAMSHAFT STANDARD

    ReplyDelete
  10. MEMILIH CAMSHAFT JUGA BNYK KRITERIA. KEBANYAKAN AFTERMARKET CAM YG DIJUAL DI KEDAI, BNYK BERSIFAT TORQUE-PIKAP.
    MID ANGLE INTAKE TIPIKALNYA PADA 108DARJAH SLEPAS MARKING T
    MID ANGLE EX PADA 105-108

    TIPS UTK PENGGUBAHAN;
    MID ANGLE IN UTK TOP 115
    MID ANGLE IN UTK TORK 103-105

    MID ANGLE EXH UTK SISTEM EXHAUST STRAIGHT 103-105
    MID ANGLE EXH UTK SISTEM EXHAUST RESTRICT CHAMBER 105-108

    PENGIRAAN NI JUGA ADA BNYK KAITAN DGN;
    RATIO BORE TO VALVE AREA . MIDDLE THROTEL AIR-FUEL RATIO
    JIKA VALVE STANDARD TAPI OVERBORE BNYK GUBAHAN PERLU DILAKUKAN PADA 'RUMAH JARUM KARBURETOR'
    JIKA VALVE STANDARD ATAU BIGBORE=BIGVALVE. BNYK GUBAHAN PADA IGNITION MAPPING.

    TIPS2 LAIN
    UTK JIMAT BAHANAPI PASTIKAN CAMSHAFT BERDURASI 230DARJAH KEBAWAH, ASALKAN BORE TO VALVE RATIO MASIH KEKAL SEPERTI STANDARD,

    DAILY RIDE BEST TORQUE, CAMSHAFT BERDURASI 238-252DARJAH, OK UTK SPRINT SUKA2 DIJALANAN,

    UTK TRACK 245-265DARJAH. NI KALAU PAKAI HARI2, MOTO DAHAGA SERUPA 2STROKE

    UTK SPRINT 270 KEATAS, TIPIKALNYA 310DARJAH... PALING BESAR 330,
    CAM JENIS INI, BIASENYA IDLING 2.5K RPM, SEBAB OVERLAP TERLALU BESAR HINGGA LOW RPM LEMAH PRESSURE, CAM JENIS INI JUGA SUSAH NK MENTEN TGH2 TROTEL... CAM JENIS INI PERLU WIDE OPEN THROTEL.. SGT TAK SESUAI MASUK BANDAR.

    TIPS RINGKAS,
    HAMBA BERTERIMAKASIH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro. Drpd semua tips diatas, so cam jenis ape yg ssuai untok long distance tp mesin full standard? Ade penerangan adlh lebih baik

      Delete
  11. camshaft stock. potong diameter BASE 1.02mm, secara overall nye menambah 20-25darjah dari pemasaan asal. sudut LSA masih sama seperti yg asal. Mid-Angle pun sama pada darjah yg asal. cuma 'masa' pembukaan DIAWALKAN dan penutupan 'DILEWATKAN' sedikit. torque low rpm tak terganggu, hp hi-rpm bertambah sedikit.

    ReplyDelete
  12. camshaft stock. potong diameter BASE 1.02mm, secara overall nye menambah 20-25darjah dari pemasaan asal. sudut LSA masih sama seperti yg asal. Mid-Angle pun sama pada darjah yg asal. cuma 'masa' pembukaan DIAWALKAN dan penutupan 'DILEWATKAN' sedikit. torque low rpm tak terganggu, hp hi-rpm bertambah sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so kalau taknak usik cam stock, dan dengan pilihan cam sedia ada sprti lowcam dan hicam yg dijual dikedai2, which is better? *for daily use, long distance

      Delete
  13. Bole en saleh tinggalkan email atau nama akaun fb..ada nk tanya soklan lain

    ReplyDelete
  14. salam
    macam mana nak kira degree camshaft yang perlu digunakan untuk motor modified?
    dan juga kiraan lift camshaft
    boleh bagi formula jalan kerja kira kiranya tak?
    tq

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Kalau moto ex5 uma pkai high cam,ape kesan buruk dye erkk???untuk pergi kerja harian

    ReplyDelete
  17. Kalau moto ex5 pkai uma high cam,untuk kerja harian....ape kesan buruk dye erk????pick up motor akan hilang abis ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau pakai high cam pickup lbh kuat..

      Delete
    2. Sprocket timing chain kena ejas x, contoh naik 1 mata dri marking.. Klau pkai hghcam spec block 53 ex5

      Delete
  18. Kalau moto ex5 pkai uma high cam,untuk kerja harian....ape kesan buruk dye erk????pick up motor akan hilang abis ke????

    ReplyDelete
  19. Kuat makan minyak, high cam sesuai utk racing dan long distance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau terkadang dengar bunyi pistin terhantuk dengan valve tu tndanya kne ejust tepet jgk ke?

      Delete
  20. Nak tanya..kalau pakai cam potong..ade cara making/adjust tappet ke mcm biasa je

    ReplyDelete
  21. nk tanya.. kalau lc135 block standart tapi nk pakai cam racing okay tk untuk set long..

    ReplyDelete
  22. salam...nak tanya..kalaudikatakan cam tu sesuai untuk piston size 62 keatas tapi guna cam tu untuk piston 62 kebawah apa akan jadi?boleh tak? ada apa2 masalah tak?

    ReplyDelete
  23. apa beza retard dgn advane

    ReplyDelete
  24. Salam ..saya nak tanya cam yang sesuai untk y15 ...block 65mm..head standart...sb apa cam standart skarang mto jadi ujung xdak...jadi ada apa2 cadagan x..

    ReplyDelete
  25. Mohon penjelasan .. Kenapa ye moto sy rsa mcm lambat terbuka top speed.. Sy pkai cam uma racing, block 54mm

    ReplyDelete
  26. Ok untuk kiraan ni saya lemah sikit nak tanya macam mana nak tau piston berlaga dengan valve?

    ReplyDelete
  27. Nak tau valve clearance sng je..lift cam darab ratio rocker arm n akan dpt nilai lift valve.dr situ akan tau berapa valve clearance moto tu..ok bye..

    ReplyDelete
  28. Salam bang nak tanya kalau sya dpt TD kecil dari jumlah ex open +in close mcm mane yer...misti negetif tolong tuan...tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...