Friday, 1 August 2014

APA MAKNA DI SEBALIK WARNA-WARNA CAMSHAFT ALANG MOTOR



camshaft alang motor

Salam semua..
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi. Dapat kita berjumpa lagi.. Rasanya belum terlambat kami mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin.. Maafkan kami jika sepanjang kami ber 'blog' ni telah menyinggung perasaan mana-mana pihak.. Maafkan juga jika ada kami terkasar bahasa atau terlepas kata..

Post kali ini kami nak bercerita mengenai warna-warna pada camshaft hasil tangan kami, serta mengapa perlu ada warna-warna untuk membeza setiap jenisnya.. Pasti ada sebabnya mengapa camshaft kami sebegitu rupa..




camshaft alang motor
Meriahnya... warna warni..

Camshaft kami terdapat 3 warna.. Iaitu :
1. BIRU
2. MERAH
3. HIJAU

CAMSHAFT BIRU
Modifikasi mesin 100% standart... Modifikasi dengan kos rendah serta kurang risiko. Untuk mendapat sedikit kuasa dari mesin yang 100% standart kita perlu menukar camshaft serta sedikit pelarasan semula pada karburator dan spoket.. Kuasa yang terhasil tidak sehebat daripada mesin yang telah dinaikkan kapasiti, namun tetap ada pertambahan kuasanya.. Karektor Camshaft Biru ini tidak jauh bezanya daripada camshaft standart, jesteru itu kita tidak boleh mengubah setting karburator atau spoket terlalu jauh dari standartnya..

CAMSHAFT MERAH
Modifikasi yang digelar 'Standart Modified'.. Modifikasi paling banyak di lakukan oleh pencinta motosikal. Mesin biasanya dinaikkan kapasiti tidak terlalu jauh daripada kapasiti asal.. Modifikasi paling popular ialah menukar silinder blok racing, up stroker yang tidak terlalu tinggi, karburator lebih besar dan ekzos yang lebih 'membingitkan'..
Camshaft ini dapat membantu mesin memerah tenaga semaksima mungkin. Lift, LSA dan Degree tidak terlalu aggresif dinaikkan, jadi mesin masih di kategori On The Road
Walaubagaimanapun settingnya haruslah tepat, tidak boleh sekadar Plug And Play blok racing, kita dapat semaksima kuasanya. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Dari segi nisbah mampatan, rupa bentuk ruang pembakaran, porting, kiraan sprocket, jetting karburator serta sistem penalaan harus diperkemaskan. Mesin juga perlu di setting agak tinggi nisbah mampatannya agar kuasa tidak terlalu lemah di RPM bawah.. 
Di sinilah terletaknya kreativiti seorang mekanik modifikasi. Memahami bahasa enjin, suatu seni yang tidak ada pada semua orang.. Tahniah jika anda salah seorang daripadanya!

CAMSHAFT HIJAU
Open Spec Camshaft atau sedap digelar High Level Modification. Modifikasi yang 100% memerlukan pengalaman, ilmu, penelitian dan modal yang tinggi. Kreativiti yang berkali ganda diperlukan untuk bermain dengan camshaft ini. Kami gunakan bahasa lebih mudah.."Bukan main-main punya cam ni..". 
Mesin-mesin yang telah di 'open' kan biasanya tidak lagi digunakan untuk kendalian harian, mesin telah berubah menjadi 'jentera perjuangan', berjuang di jalan yang lurus, di litar drag, yang memerlukan mesin berteriak, memerah tenaga semahu-mahunya. Lift, LSA dan Degree diubah jauh daripada standart kerana mesin telah direka semula dengan tekanan yang tinggi. Di bore up dan up stroker yang menggila.. Camshaft ini di aggresif kan untuk memberi ruang kepada mesin bernafas dengan lancar.  



cam merah

cam hijau
Contoh camshaft biru, merah dan hijau

APA BEZA CAMSHAFT PADA SETIAP WARNA?
Soalan yang sering dipersoalkan.. Sering menjadi tanda tanya.. Sebenarnya setiap camshaft mempunyai karektor masing-masing yang menentukan di mana rentang kuasa sesuatu mesin. Camshaft ini direka mengikut kemampuan mesin bermain di sesuatu RPM.. 

Contoh.. Jika mesin 100% standart mana mungkin kita memerah untuk bermain di RPM tinggi, di sekitar 10 ke 11 ribu, jadi 3 perkara yang mempengaruhi karektor camshaft ini iaitu Lift, LSA dan Degree ditunedkan untuk bermain di sekitar RPM sederhana, ditinggikan sedikit daripada RPM standart. Mesin akan dapat sedikit lebihan kuasa bebanding mesin 100% standart..

Bagi cam merah pula, walaupun untuk standart modified cam ini tidaklah direka untuk bermain di RPM tinggi, masih juga bermain di RPM sederhana. Ini kerana mesin On The Road tidak boleh menjerit setiap hari, mesin akan cepat rosak atau berasap. 3 kriteria penting (Lift, LSA dan Degree) ditambah dan di advance sedikit. Flank digemukkn untuk memberi tenaga tambahan walaupun mesin bermain di RPM sederhana. Kuasa terhasil pasti tidak mengecewakan..

Cam hijau.. Berubah sepenuhnya daripada camshaft standart. Lift, LSA dan Degree ditambah, flank digemukkan semaksima mungkin.. Disesuaikan dengan mesin yang kasar-kasar kapasitinya. Camshaft hijau ini akan membuatkan valve terbuka lebih lama, untuk membolehkan mesin berlari, bertenaga di RPM tinggi. Kuasa akan terhantar ke roda sepenuhnya.. Tapi awas, semakin tinggi RPM, semakin besar risikonya..


camshaft biru

camshaft lc
Camshaft LC dengan 3 variasinya

Disebabkan kepelbagaian dalam modifikasi inilah yang mendorong kami untuk memudahkan pemilihan camshaft, agar mesin dapat beraksi dengan spesifikasi yang sesuai. Penggunaan camshaft yang tepat akan mengail kuasa yang sempurna, yang pasti memberi hasil yang memuaskan hati.. 

Setiap hari kami berusaha untuk menaikkan taraf camshaft kami, diperhalusi, diuji, ditingkatkan prestasi untuk memberi hasil yang terbaik.. Sokongan anda amat kami harapkan, untuk kami terus mencari.. Mencari sehingga ke titik tertinggi.. Doakan usaha kami... 

Sekian.. Terima kasih semua..



camshaft wave 125
TUNED BY ALANG MOTOR





85 comments:

  1. Terbaik la alang

    -pancakes hangus

    ReplyDelete
  2. Anak malaysia mmg hebat. Terbaik alang

    ReplyDelete
  3. bgaimna cra utk syg mmbli?sya djhor

    ReplyDelete
  4. Tak semua orang punyai kemahiran untuk dijadikan hasil pendapatan. Alang mmg bertuah kerana ada kemahiran yang tiada pada semua orang.

    ReplyDelete
  5. Bagaimna cara membeli cam cam tuan tersebut? Saya di kuantan.
    PM me at; zkife@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. cam yg kemas dan cantik. anw, buat cam atau grind cam guna mesin ape? minta tunjok ajar :)

    ReplyDelete
  7. Salam semua..acik,cam wave 125 potong open pny ad x? Kalau ad brape ea?

    ReplyDelete
  8. Bro cam untuk lagenda 110 spec 54 mm ada??

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas sokongan anda semua.. jasa anda ttp dikenang..
    watsapp 0148277336..

    ReplyDelete
  10. Ex5 lbih sesuai guna cam kaler apa..block 56,ekzos f1 racing..kaberater standard lg..boleh suggest x boss..

    ReplyDelete
  11. Boss...sy gna kriss 120...block dh ptong 2x..
    Jdi...cam wrna apa yg ok dgn mto sy n apa
    Yg hrus di buat lgi..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum tumpang bertanya dan harap dapat jawap soalan saya. kalau lc135 cdi racing, blok fz, valve in racing perlu pakai cam biru atau merah?

    ReplyDelete
  13. Alang cam ner nak beli cam ni
    Sye nak beli
    Alang pm sye kat ws 01125604057
    Harap sgat alng pm

    ReplyDelete
  14. Alang cam ner nak beli cam ni
    Sye nak beli
    Alang pm sye kat ws 01125604057
    Harap sgat alng pm

    ReplyDelete
  15. Sory luar tajuk....cuma nak tanya brapa ruang kelegaan antara tepet ngan valve tuk lc v2 pkai cam uma racing erk.....blok 62,cdi racing,head22-20,n ekzos.....mnta pencerahan#bdak2x bru maw bljar

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.. abg. Brang2 abg niy dkt mna bleh dpt? Sya area perak? Taiping perak.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.. abg. Brang2 abg niy dkt mna bleh dpt? Sya area perak? Taiping perak.

    ReplyDelete
  18. mcam mana nak beli cam s5 ni alang?

    ReplyDelete
  19. cam merah 7.5mm memang rare

    ReplyDelete
  20. Salam... Sy berminat dgn cam merah untuk yamaha lc v1.. camna kalau sy nak beli??

    ReplyDelete
  21. Salam... Sy berminat dgn cam merah untuk yamaha lc v1.. camna kalau sy nak beli??

    ReplyDelete
  22. Salam... Sy berminat dgn cam merah untuk yamaha lc v1.. camna kalau sy nak beli??

    ReplyDelete
  23. assalam bro.. nk order cam merah tuk gt 128.. cmne nk bli

    ReplyDelete
  24. Asslam ,Bro klau ex5 pakai block 57mm nk pkai warne merah ok dok, pastu mainjet ngan pilot jet nk setting bapo

    ReplyDelete
  25. Ada tak kedai yg jual cam alang area kelantan???

    ReplyDelete
  26. Acik saiko...buat kan blog..pemahaman tentang bahasa mesin boleh? Perkataan broke up'maksud cr apa smua yang x dipaham haha.

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum nk oder cam alang cam ne...area negeri sembilan..ke.ade agen yg menjual...

    ReplyDelete
  28. assalamulaikum nak oder cam alang n9

    ReplyDelete
  29. cam warna biru (ex5) ok x utk long distance

    ReplyDelete
  30. Nak preorder macam mana? Saya area johor..

    ReplyDelete
  31. ni nak order barang boleh tak?

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikom,Lc135es v1 blok fz,carb pe28,lain sume standard,cam mane yg okay?
    Pm please...tq

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum boss.nak tnye..kris 110 sesuai tak pkai carb rxz mili..klau okey..bole tk sy nk tnye setting untuk mj dan pj..mto sy pkai block 60.25mm

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum boss.nak tnye..kris 110 sesuai tak pkai carb rxz mili..klau okey..bole tk sy nk tnye setting untuk mj dan pj..mto sy pkai block 60.25mm

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum..klw pkai cam merah, blok 53, carb kriss, head korek...spoket saiz apa yg ssuai main long...???skarang pkai cam tokahi spoket 15 32..bleh 120kmj ja....huhu.. gear 1 2 3 laju, gear 4 trmenung ja....tlong skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mj bsr sgt ataupon spoket tk sesuai naik spoket 1 mata

      Delete
    2. Mj bsr sgt ataupon spoket tk sesuai naik spoket 1 mata

      Delete
  36. Assalamualaikum abang alang kalau saya nak beli barang dari abang alang boleh pos tak?

    ReplyDelete
  37. Sya guna lc v2 4s. Blok fz, cam uma, carb standard adjust mj pj. Spring valve standard. Cdi race dan ekzos yoshi. Boleh tak suggest sya cam alang yg sesuai untuk spec sya skarang.. mau untuk daily use.. dan top kadang2 jga la. Dan mau bunyi yg smooth. Senab skarang guna cam uma ada bunyi tepet tik tik tik..

    ReplyDelete
  38. Boss..mcm mna nk dapatkn cam tu ?

    ReplyDelete
  39. cam biru tuk kriss 100 stard area ipoh ada?

    ReplyDelete
  40. Assalammualaikum , Saya nak Beli cam ni tapi yang mana sedap untuk ex5 , merah atau hijau ?? Tlong pm number alang please ��������

    ReplyDelete
  41. Kwan nak merah 1....wssp 01137717759

    ReplyDelete
  42. Cam merah 1.....wssp0179185824

    ReplyDelete
  43. Cam merah 1 , area batu caves 0172850167

    ReplyDelete
  44. Cam merah satu tuan.
    0137662721 jim

    ReplyDelete
  45. Sy pkai kriss 110 , moto std abis cuma pkai ejos open , cadangkan warna cam apa utk sy pkai

    ReplyDelete
  46. Sy pkai kriss 110 , moto std abis cuma pkai ejos open , cadangkan warna cam apa utk sy pkai

    ReplyDelete
  47. Sy pkai kriss 110 , moto std abis cuma pkai ejos open , cadangkan warna cam apa utk sy pkai

    ReplyDelete
  48. assalamualakum alang ada x camshafts untuk lagenda 115z

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum tuan alang..saya berminat dgn hasil tangan anak2 melayu.saya mahu penjelasan leih details..please wasap saya (0148065987 IS)

    ReplyDelete
  50. Alang da xon lg blog ni kott!..xde komen ape2 lg dah

    ReplyDelete
  51. ex5 block 53 cab wave125 cadangkan warna cam ape untuk saya pakai

    ReplyDelete
  52. assalamualaikum en.alang...bagaimana boleh saya dapatkan cam merah bagi yamaha lagenda115,harap dpt membantu.. terima kasih

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum . Mcm mne na modi cranshaft wave 125 ke ex5 ye ??

    ReplyDelete
  54. WINENLOSE88.COM hadir untuk para bettor mania sebagai AGEN BOLA,AGEN JUDI,BANDAR JUDI.
    Permainan :CASINO ONLINE,SBOBET,Sabung Ayam.
    Nantikan Hadiah Bonus Menarik Lain nya...
    =======>WWW.WINENLOSE88.COM
    =======>AGEN JUDI JAMAN NOW!!
    =======>BANDAR TARUHAN BOLA
    =======>CASINO ONLINE
    =======>DAFTAR SEKARANG
    =======>BONUS MENARIK
    =======>PREDIKSI BOLA Terbaru
    =======>Prediksi Liverpool vs West Brom 28 Januari
    =======>Prediksi Ath. Bilbao vs Eibar
    =======>Prediksi Club Brugge vs Oostende
    =======>Prediksi Dynamo Dresden vs St. Pauli
    YUK Gabung Sekarang Juga Dapatkan Bonus Menarik Menanti Anda...
    SMS / WhatsApp : 081295588887
    BBM : 557135B7
    LINE : Winenlose
    Twitter : Winenlose
    WECHAT : Agenwinenlose
    Skype : Winenlose
    Instagram : Winenlose
    Livechat : http://bit.ly/2d1ZNfT

    ReplyDelete
  55. kalau pakai cam merah.. spring valve kene tukar racing x?

    ReplyDelete
  56. Salam bos ...nak oder pos ada x ?? Whatsapp saya boleh bos ...0142511962

    ReplyDelete
  57. Bos pm sy 0187875647
    Sy cri cam lc spec62

    ReplyDelete
  58. Bos boleh mintak no tepon

    ReplyDelete
  59. Bos boleh mintak no tepon

    ReplyDelete
  60. Bos boleh mintak no tepon

    ReplyDelete
  61. Terbaik alang and the crew.teruskan usaha anda jgn pernah mengalah.salam dri melaka,

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum..tuan ade custom.tak cam biru utk modenas ct100..enjin standard..

    ReplyDelete
  63. Cem merah utk ex5 terbaik dah pakai hampir 4 tahun masih ok block 53(.) Top speed ok

    ReplyDelete
  64. Kriss 110 ok x pakai cem hijau
    60mm..?
    Kalau ngam..pm harge..

    ReplyDelete
  65. Saya nk beli cam merah ex5 (0175021737)

    ReplyDelete
  66. Saya nk beli cam alang hijau ni no tel saya 01771604677

    ReplyDelete
  67. Cam apa yang sesuai kriss 110 block 65mm jet4mm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...