Salam..
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah dan rahmatnya dapat kita berjumpa kembali diblog Alang Motor ini.. Diharap semua pembaca berada didalam keadaan sehat-sehat belaka dan sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan..Amin..
Maaf lah.. agak terlewat meng'update' blog ini kerana sering bergelut dengan pengurusan masa.. Namun., untuk pembaca terhormat semua,kami tetap terus meng'update'.. Sokongan anda amat kami hargai..
Untuk post kali ini kami akan berkongsi sedikit pengalaman kami memaksa Modenas GT128 berlari laju..
Ceritanya bermula setelah bengkel kami dikunjungi saudara dari Nilai, Negeri Sembilan yang ingin menaik taraf jentera Modenas GT128 kesayangannya.. " Bagi dapat duk sebelah LC modi ok la bang..".. "Insha Allah.. akan kami usahakan sampai dapat, selagi tak dapat, kami paksa juga sampai dapat.." Maka termaktub lah perjanjian kami dengan tuan punya GT ini.. Setelah selesai berbincang segala terma dan syarat sambil makan mee goreng Pak Usop kunci diserahkan kepada kami.. Tugas pun bermula..
Enjin tengah dibelah untuk dibuka crankcase agar blok berslip 66mm dapat disemadikan. Setelah casing siap dikorek, enjin dipasang semula. Segala kompenan enjin tengah masih standart, tidak diubah. Kami yakin, standart original tetap power..!!
Korek sampai lepas..
Untuk bahagian klac pula kami gunakan klac plate original 125z serta spring klac racing. Bahagian klac yang lain termasuk auto klac tetap standart original..
Setelah sempurna klac nya, blok yang bersaiz 63mm pula kami pasangkan.. Dengan ini menjadikan GT128 telah berubah menjadi GT180cc. Muka blok dipotong 1mm untuk menimbulkan sedikit dome. Setelah disukat bersama ruang pemakaran nisbah mampatan dipadu menjadi 12:1.. Sengaja di set agak tinggi kerana mahu kuasanya diperah semaksima mungkin..
Piston sonic 63mm bersama blok berslip 66mm
Bahagian head diporting sesedap rasa dan dibesarkan kedua-kedua valve nya.. Tugas membesarkan valve tersebut kami serahkan kepada KKE Engineering di Terengganu untuk membenamkan valve Modenas Jaguh.. Pemilihan valve Modenas Jaguh lebih menjimatkan kerana saiz batang valve nya adalah sama.. 4.5mm.. maka tidak perlu ditukar valve bush.. 'Tahniah KKE.. hasil karya anda memang sempurna'..
Head GT valve Modenas Jaguh
Pengapiannya digunakan CDI racing (maaf kami tak tahu apakah jenamanya, owner dah beli siap-siap). Penggunaan CDI racing ini bukan untuk mencari setting mesin di RPM outlimited, cuma kami mahukan api yang lebih bertenaga serta telah di advancekan, maka kami tidak perlu lagi mengubah sensor pulsernya. Ternyata penggunaan CDI ini dapat memberi extra respon pada mesin.
CDI racing yang misteri
Kaburator yang menjadi pilihan adalah Karburator PE28mm. Dipasang bersama kotak air cleaner standart, cuma dikosongkan di dalamnya. Hose penyambung ke air cleaner digunakan hose intake Suzuki TXR dengan sedikit diubah suai.
PE28 with original air cleaner
Untuk mencari tuning camshaftnya memang mencabar.. 4 biji terkorban baru dapat durasinya.. Sebelum itu kuasa GT ini memang agak liat untuk dijana kan.. Mesin tidak bertenaga di gear atas. Dengan EX5 std modi piston 56 pun sayur diratah.. apatah lagi dengan LC modi. Kami tetap berusaha mencari apa yang dimahukan mesin ini sebenarnya. Dicuba berbagai variasi barulah kami dapati degree 280 dan lift setinggi 5.8mm yang secocok dengan nya.. mesin yang dipaksa-paksa berlari akhirnya mengalah.. Pulas, terus meluncur pergi.. Alhmdulillah..
Selfie camshaft merah GT bersama camshaft merah Kriss 120
Sistem exzos juga di upgred. Exzos ninja 250 di custom masuk, menghasilkan bunyi yang perlahan tetapi lawas. Mesin tidak lagi tersumbat, Kuasa bermula di RPM 8 ribu semakin terserlah, Top gear menjadi ringan. Pulas terus pergi. Tidak perlu lagi menukar gear jika mahu memotong.
Exzos ninja 250.. bunyi slow tapi pegi..
Setelah berhempas pulas me'nyeting' mesin ini.. Kami dapati dengan spec enjin dan body standart, serta tayar 80/90 hadapan 90/80 belakang mesin ini mampu berlari selaju 170km/j dalam jarak 800 meter..
Mungkin pada masa hadapan mahu di upgred lagi, kami alu-alukan.. Apa penting, mesin GT ini yang agak malas ini telah berubah sepenuhnya. Tidak lagi dikelompok belakang.. Ini GT bukan sebarang GT..
GT 180cc Tuned By Alang Motor
Video buat penamat bicara.. Terima kasih kepada semua....
Semoga terhibur...
terbaik alang motor.modifikasi yang mantap serta dukumentari yang jelas..
ReplyDeletetrimas ats sokongan anda kepada kami....
Deleteacik saiko Mai nbr... atau wsap sya 0174675972..nk upgrade gk
DeleteAlang please whatapps saya 0124558069 berminat nk buat mcm ni boss
DeleteSalam alang. GT modi mcm ni boleh long distance ke?
ReplyDeleteterbaik alang moto..terbukti dr penghasilan cam biru untk lc dah terbukti..memang mntap..trima ksih...hasil tgn anak mlayu bukan cincai...
ReplyDeletethank! sokongan anda amat kami hargai..
DeleteBagus alang... banyak bengkel lebih suka modi motor lc dari motor yg rare mcm ni... tangan anak melayu jugak yg berani buat camni... ni model underdog yg dipandang remeh penggemar kelajuan... terkesima sejenak bila baca post terbaru ni... pengalaman bwk motor member ni handling dia sgt stabil dgn berat body std... kelemahan dia top speed x kuat sebab design mcm tuh... bila alang dah adun resipi kelajuan lg sedap la nampaknyer motor ni bila kelajuan tinggi... mesti steady je kan bila top speed... hahaha... tgk video mmg karektor enjin dah berubah tp dlm rpm yg sama... mantap... nampak std tapi bukan std... tahniah alang kerana mengeluarkan potensi sebenar motor ni... daya pikap kuat siak klu tgk video tuh...
ReplyDeleteterima kasih bro.. ! maju lah sukan permotoran untuk negara..
DeleteAssalamualaikum .. Saya ingin bertanya , berapakah isipadu head gt128 standard ? Memerlukan jawapan dengan segera
ReplyDeleteSalam....berapa kos semua ni?
ReplyDeletenak tahu jugak
Tumpang bertanya....size batang valve gt sma dgn size batang valve kriss ka....maaf newbies...thanks...
ReplyDeleteCekom...nak tahu saya tukar kburator modenas GT128 kepada TXR150 sesuai x lau cun kabel tottel apa yg bleh pakai....
ReplyDeleteKabel throttle wave 125 dah cun
DeleteTerbaik la alang. Saya dh lama idamkan untuk modi anggun biru saya. Buat masa ni saya tambah botol abs brek kat depan belakang. Cukup meyakinkan bila membrek. Even hujan sekali pun x perlu risau motor spin tanpa kawalan. Sering di depan dalam jem. Tp jarang nak menang bila lapang. Bole try la nk guna cara alang ni
ReplyDeleteSalam alang. Saya nk tanya satu soalan. Apa yg pomen selalu buat dkt head? Harap alang balas :) saya masih newbie
ReplyDeletecmne nk contact dengan alang moto ek? sy perlukan segara... =(
ReplyDeleteSalam alang..kalo buat cmni..ok ke ntok long distance?..
ReplyDeleteBole bg no fone... urgent...
ReplyDeleteBole bg no fone... urgent...
ReplyDeleteBrape kos ni??
ReplyDeleteBrape kos ni??
ReplyDeleteBoleh saya tahu bengkel alang dekat mana??
ReplyDeleteAssalamualaikum . Boleh dapat info tempat kat alang.
ReplyDeleteDan modal yang diperlukan
Assalamualaikum . Boleh dapat info tempat kat alang.
ReplyDeleteDan modal yang diperlukan
salam . nak bertnye sedikit tntang gt ni . dpat sesedap bwak da ok .sy mengunakan block saiz 57 ,carb panter , cam shaf shark dan cdi racing . tp meter hnye mampu naik 140 , spoket yg di gune 14 38 , ape yg perlu sy buat untuk memecut kan lgi gt sy . .boleh pm kat email saya ? amal_laksa@yahoo.com. harap dpat mmbntu ><!
ReplyDeleteTurum spocket 35, kalau rasa gantung turun lagi, turun satu satu takut mendap pulak nanti
DeleteBoss, nak tanya, pasang block 57mm kena mesin tak lubang enjin?
DeleteAssalamualaikum...boleh saya thu dimana bengkel dan brapa kos nyaa
ReplyDeleteBengkel kat mana bang...
ReplyDeleteEmail saya --> cairodean@gmail.com
Salam..
ReplyDeleteBoleh saya tahu harga camshaft merah modenas GT128.
Email saya ( burnjohn.jr91@gmail.com )
Layari fb alang motor. Alng motor ada akaun fb sendiri dan ada juga page alng motor. Kat page alang motor ada.
DeleteBoss bengel kat mana?nk try jugak merase gt dh bikin...asyik kena lambai je...
ReplyDeletebrape bayarannya boss n kt mana nk merasa juga gt di upgrade
ReplyDeletesangat memuaskan menggunakan harga jaket motor honda
ReplyDeletenice post kakak :D
ReplyDeleteassalam, mohon bertanya, klu guna carb yamaha 125z pada gt128, kabel minyak nak guna yg mcm mane ye, mohon pencerahan
ReplyDeleteSALAM BRO ALANG . . BRAPE KOS PEMBIKINAN UPGRADE GT128 NI
ReplyDeleteAssalam..alang motor..mmg terbaik la..
ReplyDeleteblh bagi tips yg paling utk up kan enjin kriss 120cc..utk laju dan pick up..trimas..hihi
Alang..sy nk hantar jgk gt128 sy..tlg hubungi saya..01110140419
ReplyDeleteNak tnya...hri tu sy gnti piston saiz 0.25...besar sikit sbb piston lma dan longgar....slepas sy tukardan sy cuba hidup kan....ada bunyi kasar sikit...adakah perlu sy memakai gasket yg tebal sikit???maaf bru belajar2 pasal motor...
ReplyDeleteBoss tolong kawan...moto x bole go...dpt standart blk pun ok...wasap sy 01113062833
ReplyDeleteTerbaik lah..
ReplyDeleteTolong PM whatsapp Modi Modenas GT 128
ReplyDelete0138128587
Salam alaikum... Tuan... Mcm mana nk hubungi tuan?
ReplyDeleteAlang motor..lokasi workshop di mana ye..blh bagi phone number
ReplyDeleteSaya ada jgk motor jenis ni dan dh lama rasa nk.upgrade...berapa kos yer bos nak buat mcm ni?lokasi mana bos?
ReplyDeleteTuan.. Sy ada masalah motor susah nak setting idle... Bila pagi low sgt smpai mati bila dah panas rpm jdi tinggi pulak... Skru angin pun susah cari setting yg betul... Tolong bantu..
ReplyDelete128gt aku masuk 60mm karb pe28,cdi racing yacamsharf racing head standart ,pipeping kontot...ddah cukup utk buat y 150 suku...panas bontot kne cucuk angin. Takat lc130 tjde ape pon.syg modenas kuuuuu
ReplyDeleteBerapa kos bos.. Duduk area mana
DeleteBerapa kos yang diperlukan untuk modified moto sebegini laju alang tolong bagi location alang dengan segera dan wassap saya di 01120873125 saya mampu menanggung segala kos
ReplyDeleteAlang ni kat mana bengkel
ReplyDeleteBoss,block 57 perlu porting head kh boss..dia punya big bal sama dgan apa boss
ReplyDeletePlease pm alang motor members untuk buat motor
ReplyDeleteAda chanel youtube ke nak follow
ReplyDeleteBos send nbor fon nk buat mtor
ReplyDeleteBoss, nak tanya, berapa saiz ukuran standard lubang enjin modenas GT128?
ReplyDelete