Saturday, 30 November 2013

KRISS OPEN SEKILO



kriss body standart enjin open
Kriss enjin open, body standart



  • Assalamualaikum... alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi.. kali ini kami akan bercerita pasal mesin kriss sekilo.. bukan 1 kilogram, tapi 1 kilometer :)
  • Mesin ini sengaja kami setting untuk jarak 1km kerana setelah mendengar cerita dari teman-teman seperjuangan bahawa mesin 4 lejang berkapasiti asal 110cc mampu 'berlari' sehingga 200 lebih km/j.. lantas memberi idea untuk mencuba mencari apakah resepi disebalik kelajuan ini.. 

Kenangan di Jempol Sprint Test

Kenangan ketika jempol sprint test.
Tiada penerangan :)

http://alangmotors.blogspot.com/2013/11/kenangan-di-jempol-sprint-test.html


Aksi seorang juara



Menunggu lori sampai

Friday, 29 November 2013

Sejarah sukan sprint test

Sejarah sukan drag racing atau lebih dikenali di malaysia "sprint test" sudah lama wujud di negara eropah kerana mereka pelapor industri permotoran.. maklum la time itu malaysia masih berada dibawah kuasa jajahan lagi. yela nak berlumba camna kalau asyik lari dengan komunis, portugis, belanda, jepun dan lain-lain. Itu cerita lama sekarang malaysia sudah maju dan industri permotoran kita sudah selari dengan dunia lain.. i'm proud to be malaysian.. yeahh. 

Ok berbalik dengan topic kita, sejarah sukan sprint test amat kurang diketahui so dalam topic ini ada sedikit sebanyak yang diambil dari blog, website dan buku-buku. jika tidak benar maafkan saya. Sukan sprint test sudah mula di malaysia sejak zaman datsun 510 SSS Jogja, tetapi yang berbeza ialah jarak yang mereka bermain, mereka tidak bermain macam sekarang 300meter atau 200meter, tetapi bermain untuk satu kilometer (top speed). tetapi perlumbaan drag SAH di malaysia bermula pada batu tiga speedway yang diadakan pada setiap malam minggu , mereka mula dianjurkan Race Drag sekitar tahun 1999-2000. tetapi saya tidak pasti Samaada litar batu tiga atau pasir gudang litar yang bermula dulu , atau mungkin sabah & sarawak yang pertama, saya pun tidak pasti.Selepas batu tiga speedway dirobohkn , PUTERA Racing mula menganjurkan acara Drag di Jempol (time ini kami join event ni, super exciting). Zaman kegemilangan jempol sprint test ini cukup meriah dengan kemunculan nama-nama besar seperti ain motor, ying shong motor, kapak motor dan lain-lain. kewujudan sukan ini dapat menjadi salah satu contoh untuk mengelakkan dari berlumba haram. 


kategori ST3-4T (kriss merah kami no 1)


Kemudian datang COMAT Motorsport yang bukak terengganu sprint test. Sepang drag battle datang sekitar akhir tahun 2003 secara tidak lansung dapat menarik minat dragster dari thailand, singapura dan brunei, boleh la menaikkan nama malaysia di mata dunia.  kini perlumbaan sprint test semakin meriah dengan kemunculan banyak pengajur seperti  sepang drag battle , Kg.Gajah Drag4fun , MUSC , dan banyak lagi ...
Diharap dengan peningkatan penganjuran ini, dapat menaikan lagi dunia sukan permotoran kita.


" modifikasi tanpa penamat, untuk meluncur dengan lebih cepat "


Sekian, thank you all..


Thursday, 28 November 2013

VIDEO TRY MOTOR EX5 HEAD BLOK KRISS

Assalamualaikum w.b.t...



  • Ini adalah video ex5 head blok kriss kami semasa setting nak gi sprint cyberjaya dulu..

  • Video ini pulak adalah sekadar hiburan.. yela asyik baca saje nak jugak tengok orang bawak motor sprint.. Bagi yang belum pernah mengalami suasana sprint-test.. video ini boleh memberi serba sedikit tentang dunia sprint test.. Bak kata orang "belum try belum power"


  • Selamat menonton...





Wednesday, 27 November 2013

PERBEZAAN CAM RACING DENGAN CAM POTONG



 camshaft custom made
Cam standart yang telah diracingkan
  • Salam buat semua.. kali ini kami akan bercerita lagi mengenai camshaft. Mungkin bagi kami yang begitu obses dengan cam ini merasa tidak cukup untuk berkongsi ilmu dengan sedikit penerangan pada post yang lepas.. kami merasakan masih terlalu banyak misteri disebalik kuasa camshaft ini yang perlu kita bongkarkan..

Tuesday, 26 November 2013

JOM TENGOK GAMBAR SPRINT


Sekitar gambar di sprint test Melaka pada Oktober yang lalu.
Tiada penerangan pada gambar, saje letak gambar.. asyik baca je boring lak nnti...



Sunday, 24 November 2013

BELAJAR MENGIRA SUDUT CAMSHAFT








  •   Salam semua... seperti yang sudah sedia maklum, setiap enjin 4 lejang mempunyai aci sesondol atau camshaft yang mengawal buka tutup injap masukkan dan injap ekzos.
  • Setiap camshaft mempunyai sudut buka tutup valve yang berlainan kriteria dengan setiap model enjin. Tidak kira apa pun sudutnya pasti pengeluar mahukan camshaftnya berupaya menghasilkan enjin yang berkuasa, selesa pengguna, jimat minyak, idle yang lembut, tork yang berguna dan sebagainya...

Tuesday, 19 November 2013

EX5 HEAD BLOK KRISS

ex5 open
Mesin sprint kami yang pertama
  • Alhamdulillah syukur diberi peluang lagi untuk bercerita... kali ini kami akan bercerita mengenai jentera sprint pertama kami. Mesin ini disiapkan sekitar tahun 2009.. Sungguh perit rasanya ketika itu, dengan kewangan dan tool yang serba tidak compelete, hanya kesabaran dan semangat yang 'tak serik-serik' yang dapat membuatkan kami bertahan untuk menyiapkan mesin ini.. hancur, pecah berderai tidak kira... Almdulillah, kesilapan dan kegagalan mengajar kita menjadi semakin matang..

Monday, 18 November 2013

MODIFICATION FAME STANDARD BODY







Ex5 Ekzos Standart
Fame Enjin Ex5, Enjin Tengah Standart

  •  Kami mulakan modifikasi enjin ini dengan membuka ruang crankcase sebesar 62.5mm untuk memasukkan blok yang telah dibenamkan slip sebesar 61.5mm.
  • Disebabkan mesin ini bertemakan standart modified, maka kami membiarkan komponen di dalam tetap standart original termasuk bearing dan sistem gear.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...