Starting elok-elok, jangan spin sangat...
Kali ini kami akan bercerita mengenai tork (daya kilas) dan kuasa kuda (Horsepower).. Bukanlah post ini bercerita detail seperti huraian wikipedia yang lengkap dengan pengiraan dan formula, kami hanya bercerita lebih kepada kepentingan tork dan horsepower dalam modifikasi enjin motosikal...
Persoalan yang sering timbul dalam hal tork dan kuasa kuda (hp) ini adalah yang mana lebih penting? Ada yang berpendapat tork yang lebih penting kerana daya kilas yang tinggi boleh membuat mesin 'melambung' takala saat mula trottle dipulas, juga lebih berkuasa sewaktu keluar starting, mesin boleh keluar hingga ber'spin-spin' walaupun dengan spoket yang kecil....... Namun selepas itu tork sudah tidak bererti lagi, semuanya terletak pada kuasa.
Kerana itu, bagi kami kuasa lah yang lebih penting.. Kerana kuasa adalah segalanya.. Tork hanya momen kilasan (Nm) pada crankshaft, semakin berat crankshaft semakin tinggi daya kilasnya..
Kuasa pula adalah hasil dari kilasan crankshaft (watt).. Semakin laju crankshaft berputar semakin banyak kuasa akan terhasil.. Dipendekkan cerita, tork yang tinggi memerlukan lebih banyak kuasa untuk mencapai puncak putaran mesin.. Maka mesin-mesin yang ber daya kilas tinggi terpaksa berkerja keras untuk mencari kuasa, jika silap perhitungan mesin akan merundum di garisan penamat kerana mesin gagal mencapai RPM yang sepatutnya..
Rata-rata sekarang ramai yang memodifikasi crankshaft dengan menambah ukur lilit untuk meningkatkan daya kilas, Seharusnya kuasa dan kapasiti mesin juga hendaklah dipertingkatkan agar sepadan dengan berat crankshaft..
Memandangkan majoriti mesin sprint di Malaysia pada masakini hanya menggunakan satu piston, masih bersistemkan kaburator, tiada lagi supercharge atau turbo yang dibawa ke trek drag, masakan kita mampu meraih tenaga yang menggila untuk 'membunuh' tork dengan cepat untuk mencapai topspeed?
Masalah ini dapat di atasi dengan susun atur mata gear (maaf jika anda sedang modifikasi mesin skuter, kaedah ini tidak boleh diguna pakai).. Setiap pertukaran gear akan menambah beban kepada mesin, maka RPM akan jatuh. Sebaiknya kejatuhan RPM hendaklah di dalam rentang kuasa mesin.. Jika jatuh telalu jauh, mesin akan lambat untuk menyambut gear seterusnya.. Susun atur gear yang lebih rapat akan membantu mesin bertahan di RPM yang anda inginkan.....Jadi semak semula mata gear anda....
.
* Kalau takde gear-gear racing tu camne? gear standart je takleh ke?.... urmm.. boleh jugak.. tapi tunggu la post yang akan datang ek... :)
perbanyakkan lagi info-info hal mengenai tentang modifikasi d
ReplyDeleteperbanyakkan lagi info-info hal mengenai tentang modifikasi d
ReplyDeleteterbaik.....salute bro...
ReplyDelete